suria

Peniaga maki-maki pekerja servis penghantar barang, kek RM113 hancur tengah jalan... Driver kumpul duit bayar tapi tak cukup RM3

Wanita ini meminta penghantar makanan tersebut membayar ganti rugi kek yang rosak.

BERANG dengan servis seorang pekerja penghantar, wanita ini bertindak membuat satu hantaran khas memarahi lelaki tersebut.

Dakwa wanita yang merupakan seorang pembuat kek, sebiji kek yang dihantar dari Ampang ke Shah Alam, Selangor menggunakan servis penghantaran mod motosikal rosak teruk.

The audacity to tell me jangan mengamuk tapi kau hancurkan kek aku macam tu saja. Lepas tu kata kek murah? Kalau murah kenapa tak boleh bayar balik?

"B***h betul. Customer service macam biasalah tak buat kerja," demikian luah peniaga berkenaan.

Hantaran asal wanita ini yang tular.

Tidak lama selepas membuat hantaran pertama, peniaga tersebut muncul dengan posting susulan menunjukkan resit pembayaran ganti rugi yang dibuat oleh rider.

Update, dah bayar tapi tak cukup RM3. Pelanggan punya kek RM113 termasuk cas penghantaran.

"Kesimpulannya aku rugi juga. Lepas tu C**a tua bodoh ni suruh kami diam pula? Dasar tak guna. Ke neraka sajalah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Luahan rasa marah wanita berkenaan menarik perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila dia dipercayai cuba menyentuh isu perkauman.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider OKU bersuara - “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan lambat siap, pelanggan selamba cancel! Rider kata mereka pun kena ‘sidai’, jangan marah suka hati

Justeru seorang pelayar Twitter berkongsi semula apa yang ditulis wanita berkenaan.

Cake maker hantar kek bernilai RM 113 pakai Lalamove tetapi pilih motor. Bila sampai kek hancur lepas tu dia demand refund dari rider.

“Rider ganti rugi RM110, dia bising tak cukup lagi RM3. Pembuat kek juga ada buat satu komen bersifat perkauman,” tulis pelayar berkenaan dalam satu ciapan.

Rata-rata netizen mula mempertikaikan tindakan peniaga wanita tersebut kerana menggunakan servis motosikal dan bukannya kereta bagi menghantar kek.

Ciapan seorang pelayar memberikan pendapat di Twitter.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendakwa wanita itu memarahi rider tersebut kerana berlaku salah faham dalam berkomunikasi melalui mesej dihantar.

“Ni miscommunication je. Uncle tu kata murah tapi aku rasa dia mungkin nak kata mahal. Gaji dia sehari RM50 atau RM60 je. Itu apa yang aku faham.

"Tapi seller tak faham dan mengamuk. Tweet ni pula nak jadi jadi batu api. Biar sajalah depa (mereka) selesaikan masalah depa,” katanya membalas ciapan itu.

Ciapan pembuat kek menerangkan keadaan sebelum dipadam.

Enggan berdiam diri selepas insiden berkenaan terus tular, peniaga wanita tersebut tampil menjelaskan menjelaskan hal yang berlaku.

“Sekali lagi saya minta maaf sebab guna ayat kurang sopan dekat sini panggil uncle tu b***h dan berbunyi perkauman.

“Jujurnya saya cuma kecewa dengan apa dah berlaku. Benda ni dah dua hingga tiga kali jadi sebab tu saya minta pakcik tu bayar balik duit pelanggan saya,” katanya.

Malah difahamkan wanita itu sudah mengembalikan wang kepada pemandu berkenaan selain menjelaskan dia menggunakan servis kereta dan bukannya motosikal seperti yang didakwa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain