suria

Sedih tengok Ciput tercari-cari tuan kesayangan... Rupanya pakcik ‘train’ kucing menari sebelum makan meninggal dunia!

Ciput kelihatan sedih setelah kematian ayah Marsya sejak 11 September lalu.

MELIHAT keletah dan keakraban antara seorang lelaki dengan seekor kucing kacukan diberi nama Ciput Khan pasti mencairkan hati sesiapa melihatnya.

Bagaimanapun hubungan istimewa antara si bulus dan tuannya itu berakhir apabila Mohd Roselan Abdul Ghani, 62, meninggal dunia pada 11 September lalu secara mengejut.

Menurut anaknya, Nur Marsya Raiza Mohd Roselan, 26, pemergian arwah bukan sahaja meninggalkan kesan buat keluarga malah si bulus yang menjadi penghibur hatinya sejak dipelihara sekitar lima tahun lalu.

“Ayah meninggal dunia dekat bilik atas katilnya sendiri di rumah. Kematian ayah sangat mengejutkan kami semua.

“Kami syak dia sakit jantung sebab dulu pernah buat pemeriksaan cuma selepas tu dia okay saja.

“Untuk sahkan bapa meninggal sebab apa kami kena buat post mortem tapi mama tak nak. Jadi arwah selamat dikebumikan sebelum disahkan penyakit betul dia,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kucing kurap, tak ada sudi bela... umur 3 tahun Little terima hadiah birthday terindah rantai Louis Vuitton

ARTIKEL BERKAITAN:Kucing kerumun depan CCTV, pantang dengar suara tuan memanggil... Pencinta si bulus bagi idea sebelum balik raya

Bercerita lanjut, Marsya yang rajin berkongsi video bapanya dengan Ciput berkata, si bulus itu diambil daripada bapa saudara lalu diberikan pada bapanya yang berhenti kerja sebagai pramugara Malaysia Airlines pada 2016.

Kata Marsya yang menetap di Kajang, Selangor, kucing daripada baka maine coon itu sama seperti si bulus lain namun aksi comelnya bersama arwah bapa menjadi tumpuan ramai.

Namun sejak kematian Roselan minggu lalu, Ciput kelihatan seperti murung serta lebih mendiamkan diri kerana tidak aktif seperti sebelumnya.

“Ciput ni tak ada special mana pun tapi apabila dia dengan ayah saja jadi lain sikit. Ayah boleh train dia buat hi-5, cium, peluk dan menari sebelum makan. Selalunya saya akan rakam momen manis mereka ni untuk dimuat naik dalam TikTok.

Roselan bersama Ciput yang dipelihara sejak lima tahun lalu.

“Sekarang mama dan kami semua yang jaga Ciput. Cuma bezanya sekarang tak ada orang layan dia macam ayah. Sejak kebelakangan ni Ciput nampak sedih. Dia diam saja tak ajak kami main.

“Sebelum ni ayah akan buka tingkap setiap kali nak pergi solat subuh di surau. Ciput akan duduk dekat situ tunggu ayah balik. Tapi sejak ayah tak ada, dia duduk dekat tingkap tu tunggu tapi tak ada,” jelas Marsya.

Terdahulu Marsya berkongsi video Ciput yang kelihatan tercari-cari tuannya yang sudah tiada hingga mengundang sebak warga maya.

Selain bersimpati dengan Ciput, rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan mereka terkejut selepas mengetahui bapa Marsya sudah meninggal dunia.

Ayah selalu viral sebab video dia main dengan kucing ni... sekarang dia viral sebab kematian pula.

NUR MARSYA RAIZA

Sehingga kini video berkenaan ditonton lebih 3.2 juta pengguna TikTok.

Tambah Marsya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik, melihat Ciput kini membuatkan dia rindu akan bapanya kerana hubungan manis antara mereka.

“Ayah selalu viral sebab video dia main dengan kucing ni. Sekarang dia viral sebab kematian pula. Ramai yang doakan dia bila tahu berita tu buatkan saya bersyukur dan berterima kasih sangat. Saya memang selalu rakam video mereka berdua.

Gambar kenangan Marsya bersama arwah bapanya.

“Sekarang saya nak post gambar dia pun agak susah nak edit video sebab masih sedih atas pemergian arwah.

“Apa-apa pun saya nak sampaikan nasihat agar luangkan masa buat ahli keluarga masing-masing dengan baik.

"Walaupun saya selalu luangkan masa dengan ayah tapi kerana dia meninggal mengejut macam ni jadi tetap rasa tak cukup sebab masih terkejut dengan pemergiaanya,” ujar Marsya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain