suria

Anak manja! Pekerja ‘otai’ di Singapura menyampah Gen Z kuat merungut Tambak Johor sesak... “Tak nak jammed, duduk kampung”

Seorang lelaki mengkritik luahan seorang pengguna Facebook mengenai kesesakan di laluan Malaysia-Singapura.

RAMAI rakyat Malaysia yang lebih rela terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di Tambak Johor daripada terpisah dengan keluarga apabila bekerja di Singapura.

Dua tahun penutupan sempadan Malaysia-Singapura ekoran pandemik Covid-19 membuatkan rakyat negara ini yang bekerja di Republik itu lebih mengenal erti syukur.

Kesesakan menyeberangi tambak terutama pada waktu puncak bukan perkara baharu yang menjadi lumrah bagi mereka yang mencari rezeki demi menampung diri dan keluarga.

masuk spore sesak 1

Pembukaan sempadan bermula 1 April memberi kelegaan buat rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Itu belum lagi rutin harian yang terpaksa bangun seawal pukul 3 pagi untuk bersiap ke tempat kerja, dan pulang lewat malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi permit! Pengurus restoran di Singapura kesal ada Gen Z dari JB cuma kerja 3 hari, beri alasan tak munasabah

ARTIKEL BERKAITAN: Dari P.Pinang, kehidupan 'berakhir' di Johor! Pemuda dah tak berangan gaji lumayan, serik cari kerja di Singapura

Ada yang berkongsi luahan mengenai kesesakan lalu lintas di laman sosial, namun pada masa sama segelintirnya kurang senang dengan keluhan tersebut.

"Makin lama makin menyampah tengok. Sangkut (traffic) jammed dekat border pun nak mengadu dalam group. Itu normal la brader.

Tak nak jammed, duduk kampung kerja dekat kampung," tulis seorang lelaki menerusi grup Facebook melibatkan mereka yang menggunakan laluan di sempadan Malaysia dan Singapura, Malaysia-Singapore Border Crossers (MSBC).

masuk spore sesak 8

Kesesakan di laluan Malaysia-Singapura terutama pada waktu puncak.

Segelintir netizen mengecam individu yang mengadu seperti tidak bersyukur setelah sempadan Malaysia-Singapura ditutup selama dua tahun akibat pandemik.

"Baru Tuhan turunkan Covid dua tahun, lepas tu dah reda sikit. Dah mula lah manusia sikit-sikit nak mengadu. Bersyukurlah sempadan dah buka. Tuhan turunkan lagi baru padan muka kita semua.

Kalau tak sanggup hadap jammed, tak payah la kerja Singapura.

NETIZEN

"Ini harga yang perlu dibayar. Sekurang-kurangnya hari-hari boleh ulang-alik pulang ke pangkuan keluarga. Masa dan kepenatan itu yang mahal.

"Jammed itu biasa. Kalau tak sanggup hadap jammed, tak payah la kerja Singapura. Hati kena kering kerja Singapura ni," demikian antara komen netizen.

masuk spore sesak 4

Kritikan netizen terhadap rungutan yang dilontarkan.

Bagi mereka yang bertahun-tahun bekerja di Singapura menyifatkan rungutan itu sebagai sesuatu yang remeh.

Ada yang menyifatkan rungutan tersebut daripada golongan muda terutama Generasi Z (Gen Z) yang mahu bekerja di Singapura disebabkan faktor gaji lumayan tetapi tidak tahan dengan cabaran yang perlu dihadapi.

"Gen Z anak manja.

"BBNU (budak-budak baru nak up) je. Orang lama senyap je. Mereka tak kena lagi pagi nak masuk kerja kat Singapura naik tangga terus tak gerak-gerak, nak sampai kat scan pasport tolak-tolak.

"Baru kerja agaknya, itu yang terkejut tu. Relaks sudah," kata netizen.

masuk spore sesak 3

Golongan muda menjadi sasaran netizen.

Sementara itu, segelintirnya pula tidak melihatnya sebagai satu masalah kerana ia merupakan platform untuk berkongsi apa saja hal berkaitan sempadan Malaysia-Singapura.

"Biarlah mereka, mereka juga perlu tempat mengadu, kita layankan. Jika menyampah boleh jauhi, bukan mencari masalah, relaks sudahlah.

"Dah nama grup border crossers, kalau tak lapor kejadian kat sempadan, sama ada jammed ke kemalangan ke, nak lapor apa? Kongsi resipi dalam grup ke?" komen netizen lain.

Terdahulu, dilaporkan mengenai seorang anak muda Malaysia berusia 19 tahun hanya bekerja selama tiga hari di sebuah restoran makanan segera di Singapura sebelum nekad berhenti kerja, dengan alasan jauh dari rumahnya di Gelang Patah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain