suria

Rugi permit! Pengurus restoran di Singapura kesal ada Gen Z dari JB cuma kerja 3 hari, beri alasan tak munasabah

Afiq berkongsi luahan mengenai sikap seorang pekerja rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

SEMAKIN ramai rakyat Malaysia mahu bekerja di Singapura khususnya mereka yang tinggal di Johor.

Bukan sahaja disebabkan tawaran gaji yang lumayan kerana nilai mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit, malah berpeluang menimba pengalaman bekerja di negara jiran.

Namun, dalam ramai yang berlumba-lumba untuk bekerja di Republik itu, ada pula warga Malaysia yang tidak memanfaatkan peluang setelah diberikan pekerjaan.

kerja di singapura 6

Ramai rakyat Malaysia memohon untuk bekerja di Singapura.

Berkongsi pengalaman, pengurus di salah satu cawangan rangkaian restoran makanan segera di Singapura, Afiq Abd Latif berkata, dia bertanggungjawab untuk mencari pekerja baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, salah seorang daripada yang memohon dan diterima untuk bekerja dengan permit adalah seorang pemuda berusia 19 tahun dari Gelang Patah, dekat Johor Bahru.

"Saya yang uruskan dari sesi temuduga, sehingga ke dokumen untuk permohonan permit kerja. Semuanya dia berurusan dengan saya.

"Masa jumpa tak ada masalah, bila tanya semua boleh. Tapi akhirnya jadi macam ni, dia hanya bekerja selama tiga hari," katanya yang juga rakyat Malaysia, kepada mStar.

kerja di singapura 2

Afiq berpengalaman bekerja di Singapura selama lapan tahun.

Mempunyai pengalaman bekerja di Singapura selama lapan tahun, Afiq yang berusia 29 tahun berkata, anak muda yang berulang-alik dengan motosikal itu tidak hadir bertugas pada hari keempat.

"Pada hari tersebut, dia sepatutnya masuk kerja pukul 6 petang, sampai 8 malam tak muncul-muncul. Kita cuba hubungi dia, WhatsApp dan call pun tak berjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Pak guard ini cemerlang UPSR, PT3, SPM, STPM... sanggup tinggal di asrama, naik van pekerja demi pengalaman makan gaji

ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun cari kerja, pergi banyak temuduga... satu pun tak berjaya! Anak Selangor di Sarawak harap ada sinar di hujung jalan

"Di Singapura, kalau pekerja tak datang kerja, kita akan call sebab risau mereka ada kecemasan atau kemalangan. Kadang-kadang famili di Malaysia pun tak dapat call mereka.

"Rupa-rupanya kena game dengan dia. Dekat pukul 9 malam, dia WhatsApp cakap dia tak boleh kerja sebab tempat kerja terlalu jauh," kata Afiq yang berasal dari Kulai, Johor.

kerja di singapura 5

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berdepan dengan pelbagai cabaran seperti berulang-alik antara dua negara setiap hari.

Menurut Afiq, tindakan pemuda itu adalah tidak wajar kerana dia bukan sahaja tidak memanfaatkan peluang yang direbut ramai rakyat Malaysia, malah tidak menghargai kepercayaan yang diberikan.

"Sepatutnya sebelum mohon permit kerja, dia tahu tempat kerja jauh dari rumah, dia boleh beritahu saya untuk cari orang lain. Jadi tak buang masa mohon permit kerja untuk dia.

"Kalau betul tak boleh kerja, dia sepatutnya respek dengan datang jumpa. Macam mana dia datang cari saya untuk cari kerja, macam tu la juga (berhenti kerja).

Ada orang mohon permit kerja beberapa kali, tapi tak lepas. Rezeki dia mohon sekali terus dapat, tapi tetap tak bersyukur.

AFIQ ABD JALIL

"Orang macam tu, kita pujuk atau runding pun mesti dia tak ada mood nak kerja. Saya siap bagi cadangan pintu dan laluan mana lagi dekat untuk dia berulang-alik.

"Saya ada pekerja yang tinggal berdekatan dengan rumah dia, tapi naik pengangkutan awam dan perempuan, tak ada masalah pun. Tak ada pun alasan jauh," tambahnya.

kerja di singapura 3

Afiq merupakan pengurus cawangan restoran makanan segera.

Dalam pada itu, bapa kepada anak lelaki berusia empat bulan itu turut terkejut dengan alasan pemuda berkenaan yang mendakwa dirinya telah mendapat pekerjaan lain di Singapura.

"Dia kata dah dapat kerja yang lebih dekat. Masalahnya sekarang permit kerja dia masih di bawah syarikat ini, jadi macam mana dia nak bekerja di tempat lain? Kalau dia bermasalah macam ni, dia tak boleh dapat kerja di Singapura lagi kalau kena black list (senarai hitam).

"Inilah masalah yang dihadapi oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Singapura. Tawaran kerja ada, tapi susah nak dapat permit kerja.

"Ada orang mohon permit kerja beberapa kali, tapi tak lepas. Rezeki dia mohon sekali terus dapat, tapi tetap tak bersyukur," ujarnya dengan nada kesal.

kerja di singapura 1

Afiq (kiri) dan isteri bersama anak lelaki.

Sejak pintu sempadan dibuka, kata Afiq, ramai golongan muda terutama Generasi Z (Gen Z) mahu bekerja di Singapura disebabkan faktor gaji lebih lumayan.

"Segelintir mereka tak tahu cabaran yang kena hadap, nak keluar seawal jam 3 pagi, hadap kesesakan di kastam, imigresen. Mereka hanya tahu gaji besar je, currency tinggi.

"Nasihat saya, ini bergantung kepada diri mereka sendiri antara nak atau tak nak untuk bekerja. Dia akan belajar tanggungjawab, nanti dah kahwin dan ada anak. Bila dah ada tanggungan, tapi masih perangai macam tu, memang susah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain