suria

Pemuda India cipta lagu dalam bahasa kebangsaan, rap luah perasaan sebagai rakyat Malaysia

Vikar dan rakan-rakannya mendendangkan lagu rap yang dicipta sendiri.

SEMPENA menyahut seruan bulan kemerdekaan, empat anak Malaysia berbangsa India tampil dengan klip video lagu rap.

Mengamati bait-bait yang disampaikan, ia kedengaran seperti luahan perasaan sebagai rakyat Malaysia yang lahir dan dibesarkan di negara ini.

Sejak dimuatnaik pada 27 Ogos lalu, video tersebut mendapat lebih 1.8 juta tontonan daripada pelayar aplikasi TikTok dan menerima lebih 155,100 tanda suka.

Ia juga meraih perhatian ramai pihak termasuk artis dan selebriti tempatan.

Rata-ratanya memberi sokongan padu kepada mereka selain memuji suara yang diperdengarkan.

“Aku Melayu yang rasa semangat bangun... baju biru muka Radhi Khalid rap Altimet.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai kat Dataran Merdeka, nanti masuk TV” - Netizen pujuk juara bertahan kalah pertunjukan fesyen, puji dress cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua India, makanan berpantang dimasak ‘Chinese style’! Doktor syukur dijaga baik keluarga 1Malaysia selepas bersalin

“I’m Malay, I am proud. Feel the love.

Vikar bersama rakan-rakannya.

Vikar bersama rakan-rakannya.

“Mantap my brother, warna kulit tak menentukan siapa diri kita, darah sama merah... semerah Jalur Gemilang ku.

“Kita orang Malaysia bro... tapi masih banyak hati yang belum merdeka. Keep on create the awareness, love you all,” demikian komen beberapa netizen.

Bercerita kepada mStar, Vikar yang berusia 29 tahun berkata, lagu ‘Bangun’ versinya itu dihasilkan kerana ingin memberi pendedahan tentang cabaran yang dilalui kaum India di negara ini.

Kami mahukan platform supaya suara kami dapat didengari sekali gus memberi lebih pendedahan terhadap kesukaran yang dialami.

“Apabila rakan senegara kita lebih tahu tentang masalah yang kita alami, mungkin stigma dan prasangka yang ada akan lenyap. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta,” luahnya.

Kami telah menggubah dua lagu sebelum ini dengan tema dan topik yang lebih ‘light-hearted’.

VIKAR

Menurutnya, susulan daripada itu dia bersama tiga lagi rakan iaitu Vishnu, 30, Raj Mahal, 26 dan Jiven, 30, menjadikan TikTok sebagai ruang meluahkan perasaan sejajar perkembangan media sosial masa kini.

Lagu ciptaan adalah berdasarkan pengalaman masing-masing.

Lagu ciptaan adalah berdasarkan pengalaman masing-masing.

Namun, beberapa platform lain turut dijadikan ruang untuk perkongsian video tersebut.

Berkongsi idea tentang pembikinan video itu, ujarnya, sebelum ini dia tampil dengan tema dan topik yang lebih ‘light-hearted’.

Justeru, kali ini dia ingin tampil dengan konsep yang sedikit berbeza dan menjadikan pengalaman hidup sebagai inspirasi.

Kami telah menggubah dua lagu sebelum ini dengan tema dan topik yang lebih ‘light-hearted’.

“Jadi kali ini kita nak cuba buat lagu yang berinspirasikan pengalaman personal yang kami pernah alami.

“Banyak idea yang kita lontarkan dan salah satunya adalah tentang keperitan yang dialami sebagai kaum India di negara ini. Itu merupakan titik permulaan lagu ini,” luahnya.

Mengakui tiada antara dia dan rakan-rakan yang mahir dalam bidang nyanyian mahupun industri seni, Vikar menyatakan pembabitannya adalah kerana gemar menghasilkan video.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Tambahnya, ada juga video yang dihasilkan secara individu dan berkumpulan dengan kebanyakannya menyentuh isu-isu semasa.

Kami semua bukan penyanyi rap tapi kami begitu meminati genre itu. Biasanya lagu yang kami buat tu, semuanya just for fun.

“Terdapat video yang dihasilkan secara individu dan juga berkumpulan... kebanyakan video tentang pelbagai isu,” katanya lagi yang mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan video lagu ‘Merdeka’.

Menurut Vikar lagi, lirik yang dinyanyikan itu ditulis sendiri oleh individu yang menyanyikannya.

Sebelum ini kami buat lagu dalam bahasa Inggeris, tapi untuk lagu ini kami tulis dalam Bahasa Melayu supaya lebih banyak rakan senegara dapat memahami intipati yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain