suria

Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu

Pemuda tertekan sering dimarahi majikan. -Gambar hiasan (Freepik)

SETIAP individu pasti mahu bertahan lama bekerja di syarikat yang menjaga kebajikan pekerjanya.

Kebiasaannya, apa yang dimahukan pekerja adalah persekitaran yang baik dan gaji yang setimpal serta dapat menyara kehidupan dengan selesa.

Paling penting tentunya mendapat keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan.

Namun bukan semua pekerja bernasib baik kerana ada segelintir individu terpaksa berdepan dengan kerja yang amat memeritkan.

Gaji yang dibayar tidak setimpal dengan kerja. -Gambar hiasan

Situasi itulah yang perlu dilalui oleh seorang pemuda yang bekerja selama enam hari seminggu di sebuah kedai kasut.

“Saya bekerja dari 10 pagi hingga 10 malam. Seminggu kerja enam hari. Gaji basic RM1,500 tolak KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dapatlah RM1,300.

“Tidak ada OT (elaun kerja lebih masa), elaun-elaun lain atau bonus,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri geram majikan zalim asyik nak potong gaji suami! ‘Basic’ cuma RM900... Masuk lewat tolak RM100, komisen ada had

ARTIKEL BERKAITAN: Bahu nampak ‘jatuh’, bawah mata lebam... Doktor terkejut dengar luahan ibu tunggal datang minta MC, bos paksa kerja sampai pengsan!

Bukan sekadar mengeluh mengenai waktu bekerja dan gaji yang diterimanya, dia turut kesal dengan sikap majikannya terhadap para pekerja.

“Bos adalah jenis yang cerewet dan akan selalu mencari salah pekerja. Saya pernah dimarah depan pelanggan. Itu salah, ini salah. Kejap A, kejap B.

“Benda kecil dimarah macam perkara besar. Saya paling malu apabila dimarah depan pelanggan,” ujarnya sambil menambah salah satu sebab dia bekerja di situ kerana jarak tempat kerja dari rumah hanya 15 minit.

Meluahkan masalah kerja dengan rakan-rakan. -Gambar hiasan

Keadaan itu menyebabkan dia membuat keputusan untuk berhenti dan mencari pekerjaan lain yang tidak memberi tekanan.

“Saya rasa nak berhenti je, tapi kena bagi notis sebulan. Kalau berhenti 24 jam, satu sen pun tak dapat. Emosi saya terganggu.

Tak perlu menyakiti diri kita dengan perkara yang tak setimpal.

NETIZEN

“Setiap kali dia marah macam tu, saya mampu senyum je. Bos macam ni tak pernah mengaku salah dia,” luahnya kesal.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpanya, malah mencadangkan supaya dia membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung dakwaan mengenai majikan tersebut.

Pemuda nekad untuk berhenti kerja. -Gambar hiasan

Selain itu, sebahagian mereka turut memberi pandangan masing-masing bagi memastikan pemuda itu tidak terus tertekan dek isu yang berlaku di tempat kerja.

“Berhenti je dik. Orang lain kerja 12 jam dapat RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Jangan biarkan diri jadi hamba kapitalisasi kejam.

“Tempat kerja sangat toksik. Lebih baik cari kerja lain. Awak wajib dapat gaji lebih masa.

“Untuk jaga kesihatan mental, berhenti je lah. Percaya pada rezeki Allah, Dia pemberi rezeki. Tak perlu menyakiti diri kita dengan perkara yang tak setimpal,” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain