suria

Gajah kepung lori di laluan Gerik-Jeli, goncang sampai bergegar! Pemandu lega ‘pak belalai’ beredar lepas baca doa Nabi Sulaiman

Tangkap layar video kehadiran gajah di laluan Gerik-Jeli yang dikongsi oleh seorang pemandu lori.

KISAH mengenai pengguna jalan raya yang terserempak dengan gajah di laluan Gerik-Jeli sudah acap kali dilaporkan sebelum ini.

Terbaharu, seorang pemandu lori turut tular di media sosial selepas berkongsi kisahnya yang 'disekat' sekumpulan gajah ketika melalui jalan itu.

Menurut Radzuan Ahmad, dia sudah terbiasa menggunakan laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli itu.

gajah 2

Pemandu cemas apabila gajah mula menggoncang lori yang dipandunya.

Namun, serangan gajah itu merupakan kejadian pertama yang berlaku kepadanya sepanjang dia menggunakan laluan berkenaan.

"Bertahun-tahun lalu jalan Jeli ke Gerik. Kali pertama merasa lori kena goncang dengan gajah. Ia melintas dari bawah (jalan), menghala ke bukit.

"Selalu jumpa (gajah) juga, tapi kali ini gajah buat roadblock. Tak boleh lari. Nak lari ke mana? Yang buat roadblock sama besar dengan lori.

Alhamdulillah, berkat beri salam Nabi Sulaiman dan yakin gajah tu tak ganggu... kemudian kawanan gajah tu pergi.

RADZUAN AHMAD

"Kalut kena keliling dengan gajah. So far selama ini jumpa (gajah) okey lagi pakai lampu rendah. Jangan lampu tinggi je, marah gajah matanya silau," ujarnya.

Menerusi video yang dikongsi ke laman TikTok, kelihatan sekumpulan gajah termasuk anak gajah dilihat berada di hadapan lorinya.

Ketika Radzuan membuat rakaman video, kelihatan beberapa ekor gajah turut berada di sisi jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali guna Jalan Gerik-Jeli, kereta dinaiki 6 beranak dirempuh gajah liar - “Anak saya terkeluar suara”

ARTIKEL BERKAITAN: Gajah lari ke bukit petanda musibah? Netizen bimbang banjir besar, kaitkan dengan insiden ribuan ikan terdampar

Secara tiba-tiba suasana bertukar sedikit cemas apabila Radzuan dan seorang lagi individu menyedari lori dinaiki mereka mula bergoyang.

"Banyak ni (gajah), kat sebelah kita pun ada. Dia roadblock bang... dia goyang kita. Bergoyang lori aku dah," ujar Radzuan dalam video itu.

Berkongsi di ruangan komen, Radzuan berkata serangan gajah berkenaan berhenti selepas dia membaca salam Nabi Sulaiman.

"Tak ada (video bahagian kedua). Masa tu tengah jerit bagi salam Nabi Sulaiman. Terus dia (kumpulan gajah) bubar (beredar).

The baby elephant that was borned at Taiping Zoo.(27th January 2022) — RONNIE CHIN/The Star

Pengguna jalan raya kerap terserempak dengan gajah ketika melalui jalan Gerik-Jeli. -Gambar hiasan

"Bagi salam Nabi Sulaiman, Insya-Allah okey. Masa off record tu saya bagi salam Nabi Sulaiman, terus semua bubar.

"Alhamdulillah, berkat salam Nabi Sulaiman dan yakin gajah tu tak ganggu, kemudian kawanan gajah tu pergi. Itulah yang saya baca, yang paling penting kena yakin." ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan bersama, salam atau doa Nabi Sulaiman biasanya dibaca ketika kita berada dalam keadaan genting seperti berhadapan dengan haiwan berbisa atau buas.

Ia merupakan salah satu cara yang digunakan untuk melindungi diri ketika dalam bahaya.

Sehingga kini, video itu menerima hampir 40,000 tontonan dan turut dihujani komen-komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain