suria

Bakal suami tak sokong boikot, apply kerja syarikat berkaitan Israel! Wanita fikir status gaji, takut kahwin tak berkat

Setiap individu mempunyai pandangan dan cara masing-masing untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin. -Gambar hiasan

SERANGAN serta penindasan berterusan terhadap Palestin sehingga kini membuatkan rata-rata rakyat Malaysia teguh dengan semangat solidariti memboikot beberapa produk dan jenama yang dikeluarkan negara Barat.

Fenomena gerakan BDS (memboikot, melupus dan menyekat) di peringkat negara serta antarabangsa secara tidak langsung dilihat membuahkan hasil apabila sebilangan produk yang dikaitkan dengan Zionis tidak lagi mendapat sambutan di pasaran.

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia masih berpendirian untuk meneruskan gerakan boikot sebagai protes terhadap kekejaman di Palestin, seorang wanita berdepan dilema apabila teman lelakinya sama sekali tidak kisah mengenai perkara tersebut.

pic 2

Gerakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel dilihat membuahkan hasil apabila ada di antaranya tidak mendapat sambutan di pasaran. -Gambar hiasan

"Teman lelaki saya cakap tindakan memboikot hanyalah bermusim. Dia tengah apply kerja, kemudian satu company ni sama dari Z***, M**** dan dia macam tak kisah sebab dia nak kerja, nak stable dan nak duit. Faham tak?" tulisnya dalam satu ciapan yang dikongsikan di laman X.

Menurut wanita tersebut, apa yang menjadi kebimbangannya bukan sahaja tindakan teman lelakinya mencari rezeki di syarikat yang dikaitkan dengan Zionis, malah bimbang dengan status hasil pendapatan yang diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran buang produk Israel, sebelum lori sampah angkut lelaki ini kutip dulu! Nak boikot biar berilmu, jangan membazir

ARTIKEL BERKAITAN: Boikot ikut musim, wanita naik angin pasangan muda nak masuk butik pakaian sokong Israel... Terus bagi jelingan tajam

"Saya tak tahu macam mana nak yakinkan dia. Tak pasal-pasal kumpul duit kahwin nanti dari syarikat Israel," tulisnya lagi.

Hantaran wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya tampil mengecam pandangannya yang disifatkan 'tidak cerdik'.

Nak boikot boleh tapi jangan over please. Dia nak kahwin, halalkan awak. Boikot mana yang mampu je.

NETIZEN

Malah menurut mereka, wanita tersebut seharusnya membanyakkan bacaan untuk menambahkan pengetahuan, bukannya terikut-ikut dengan pandangan yang tidak tepat.

"Ustaz dekat tempat kerja cakap bahawa hukum boikot ialah harus. Tak jatuh wajib pun selagi tak dibuktikan mereka salurkan duit terus ke Israel. Kebanyakan companies yang kita boikot sebab founder atau orang kuat dia nyatakan sokongan semata kepada Israel.

komen 1

Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Nak boikot boleh tapi jangan over please. Dia nak kahwin, halalkan awak. Boikot mana yang mampu je.

"Netizen memang kurang ilmu, bebal nak letakkan isu boikot dalam kerangka soal halal haram. Bila benda ni jadi isu, jelas buktikan kau sendiri tak ada kefahaman boikot ni apa dan untuk apa," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain