suria

Isteri geram majikan zalim asyik nak potong gaji suami! ‘Basic’ cuma RM900... Masuk lewat tolak RM100, komisen ada had

Seorang wanita terkilan dengan sikap majikan suaminya. -Gambar hiasan

ORANG kata wang bukan segalanya, tapi zaman sekarang semuanya memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun pasangan suami isteri saling memahami antara satu sama lain, tanpa kewangan yang stabil pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan kehidupan berumah tangga.

Begitulah luahan seorang wanita mengenai suaminya yang mempunyai gaji rendah, ditambah pula sikap majikan yang didakwa mengamalkan 'pentadbiran' kuku besi kerana melakukan kekerasan dan paksaan.

Berkongsi cerita, wanita itu berkata, suaminya menerima gaji bulanan sebanyak RM900 sejak beberapa bulan lalu dan kehidupan mereka hanya cukup-cukup makan.

Seorang wanita menganggap gaji bulanan yang diterima suaminya agak rendah. -Gambar hiasan

Namun apa yang menimbulkan rasa tidak puas hatinya adalah sikap majikan suami yang dianggap kejam.

"Alhamdulillah aku bersyukur, tapi aku tak suka tempat kerja suami aku tu, orang atasan dia macam b*b*. Sejam lewat tolak RM100, sehari kerja bayar RM60 je.

"Lepas tu basic dan komisen berapalah sangat sebulan. Tak lebih dari RM2,000 pun, komisen pula tak boleh lebih dari RM500.

"Setiap kali lebih je mereka suka hati je tolak, konon over. Ya Allah, sampai hati mereka aniaya suami macam ni," katanya menerusi luahan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahu nampak ‘jatuh’, bawah mata lebam... Doktor terkejut dengar luahan ibu tunggal datang minta MC, bos paksa kerja sampai pengsan!

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat kerah tenaga staf tapi potong elaun, OT! Bonus jangan mimpi, tawar ganjaran ‘lunch’ jika capai target

Berang dengan situasi berkenaan, dia menyarankan suaminya segera mencari pekerjaan lain yang lebih terjamin.

"Geram! Aku suruh laki aku cari kerja lain lepas raya haji ni," ujarnya.

Membuat pengiraan untuk perbelanjaan keluarga. -Gambar hiasan

Turut terkesan dengan kesusahan suaminya, wanita itu mengakui gaya hidupnya juga tidak seperti dahulu kerana kini perlu berjimat-cermat dalam berbelanja.

"Dengan kehidupan sekarang ni memang sakit dan keras pula. Aku sebagai isteri, jangan cakaplah, mestilah macam-macam aku nak makan dan beli apa aku nak.

"Tapi disebabkan kewangan kami yang low ni, aku terpaksa reda. Sebab nak beli lauk dan barang anak lagi penting daripada apa yang aku nak," luahnya lagi.

Sampai hati mereka aniaya suami macam ni.

ISTERI

Selain itu, wanita berkenaan turut mendedahkan suaminya sukar untuk melakukan kerja-kerja berat setelah menjalani pembedahan lutut sebelum ini akibat kemalangan.

"Lutut kiri suami pernah operation masuk skru, jadi dia susah nak kerja berat. Doakan suami aku dapat kerja dan gaji yang berbaloi dengan hasil kerja dia," katanya lagi.

Seorang lelaki tertekan dengan sikap majikan yang tidak adil. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita itu, malah mencadangkan supaya suaminya membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung dakwaan mengenai majikan tersebut.

"Tak boleh tolak macam tu, report pejabat buruh (pejabat JTK).

"Sebelum berhenti kerja, tolong buat report kat pejabat buruh. Good luck dan dipermudah urusan.

"Sedih pula rasa. Moga awak dan suami dimurahkan rezeki. Aku tak boleh baca orang kena tindas ke buli ni, rasa baran pula," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain