suria

Suami B40 lupa diri, cerai isteri lepas gaji cecah 5 angka! - “Bukan sekadar bangun tahajud, tapi keluar modal”

Seorang isteri sanggup hidup susah bersama pasangannya. -Gambar hiasan

SEKUFU dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya meskipun ia bukan syarat sah nikah.

Bagi sesetengah keluarga, perkara tersebut perlu untuk mengelakkan hal buruk berlaku terhadap wanita mahupun para walinya sekali gus menjamin kelangsungan hidup suami isteri kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza.

Sering mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya, kini wujud trend baharu melibatkan isu tersebut yang kemudiannya dijadikan ‘senjata’ oleh golongan wanita untuk memilih pasangan terbaik.

Tangkap layar komen balas seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.

Tangkap layar komen balas seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.

Menerusi hantaran tular, kebanyakan wanita berkongsikan foto diri mereka berlatarbelakangkan kenyataan ‘bapa kami bermati-matian menyenangkan hidup kami, kamu siapa untuk ajak puterinya susah’.

Bagaimanapun seorang wanita dilihat kurang selesa dengan persepsi berkenaan dan meminta golongan Hawa membuat perbandingan secara adil.

“Bandingkan epal dengan epal bukan epal dengan nasi kandar. Bapa kita bekerja bertahun-tahun dah sebelum kita. Kita tumpang kestabilan dia sedangkan lelaki yang kau cintai tengah berusaha stabilkan diri sendiri,” luahnya di ruangan komen balas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rela hati kongsi ‘50-50’ perbelanjaan rumah tangga, asalkan suami setia... Natizen kata tak rasional, kahwin dulu baru cakap!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disaran sendukkan nasi untuk suami, beri layanan istimewa... Rupanya ramai setuju, lelaki layak dihargai

Kedua-dua kenyataan tersebut kemudiannya di muat naik seorang pelayar X sambil berkongsikan pengalaman peribadinya sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinan.

Memulakan cerita, ujar wanita ini, dia pernah berada di posisi suami yang baru membina kehidupan dan bergaji kecil.

Malah sepanjang tempoh kesukaran itu, dia bukan sahaja tidak mengeluh malah sentiasa memberikan sokongan modal mahupun semangat.

Nak cari yang baik tu susah. Apabila dah senang auto jadi tak sedar diri.

WARGA MAYA

“Pernah di posisi menemani suami dalam proses dia bertumbuh. Bukan sekadar bangun tahajud mendoakan, tapi keluarkan modal bantu ambil kursus.

“Daripada gaji basic tiga angka, sampai cecah lima angka. Tapi 10 tahun selepas itu kami bercerai. Ramai wanita yang ikhlas asalkan lelaki tu baik,” luahnya.

Meskipun sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, namun bagi wanita ini, segala yang terjadi adalah suratan takdir.

Kebanyakan wanita sanggup hidup susah bersama pasangannya. -Gambar hiasan

Kebanyakan wanita sanggup hidup susah bersama pasangannya. -Gambar hiasan

Dia bahkan rasa bangga kerana insan yang pernah bertakhta di hatinya berjaya hasil sokongan yang diberikan.

“Ini hanya tentang bagaimana Tuhan menguruskan kehidupanku. Ya, sedih, sakit dan menghancurkan, tapi aku bangga dengan diri sendiri sebab pernah berada di situasi... supporting him from zerro to hero.

“Tak ada salah itu atau ini, takdir sudah tertulis dan jalani saja,” ujarnya yang kini menjalani kehidupan bersama anak-anak.

Kebanyakan warga maya mendoakan wanita ini dan memberi sokongan moral.

Kebanyakan warga maya mendoakan wanita ini dan memberi sokongan moral.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji semangat wanita ini selain tampil memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Besar pahala tu sis sebab menyenangkan orang lain. Tak apa, harap satu hari nanti awak akan dibanggakan oleh anak-anak.

“Perempuan yang tak boleh terima lelaki susah atau tak stabil lagi ni mostly sebab dah pernah kena game dengan lelaki yang dia sayang. Susah bersama, senang ditinggalkan. Itu yang trauma.

This is such an important story. Terima kasih sebab kongsikan dan semoga awak maju di masa hadapan manakala dia mendapat kifarah atas perbuatan yang tak baik terhadap awak.

“Nak cari yang baik tu susah. Apabila dah senang auto jadi tak sedar diri... semoga yang baik-baik untuk awak,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain