suria

Gadis rela hati kongsi ‘50-50’ perbelanjaan rumah tangga, asalkan suami setia... Natizen kata tak rasional, kahwin dulu baru cakap!

Wanita belum berkahwin cenderung bersetuju dengan perkongsian perbelanjaan.

PASANGAN suami isteri sering dinasihatkan supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Malah sejak kebelakangan ini, para wanita sudah mula bersikap terbuka untuk berkongsi perbelanjaan rumah termasuk barang dapur dan perabot.

Tular baru-baru ini, video dua orang wanita menyatakan kesanggupan mereka untuk berkongsi separuh bayaran dan perbelanjaan rumah apabila sudah mendirikan rumah tangga kelak.

Hantaran asal yang dibuat seorang pelayar X.

Hantaran asal yang dibuat seorang pelayar X.

Bagaimanapun mereka meletakkan syarat supaya pasangan yang dikahwini menjadi seorang yang setia.

"Saya tak kisah hantaran tu berapa, ikut kemampuan lelaki tu. Kalau lelaki tu rasa dia boleh loyal, on je," ujar salah seorang wanita yang ditemubual pengendali satu akaun TikTok.

Ia berikutan mereka berdua diajukan soalan sama ada mahu diberikan hantaran RM50,000 tetapi perlu berkongsi separuh bayaran perbelanjaan sepanjang perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami halau isteri keluar rumah gara-gara kena bayar makan di kedai... Wanita derita emosi, takut nak beritahu mak ayah sudah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mualaf dicurangi! Suami kerja offshore kantoi mengaku duda, dapat je cuti balik rumah janda anak 3

"Awak minta RM50,000 duit hantaran tapi awak kena bayar duit rumah setengah, duit kereta setengah, duit furniture kena bayar setengah dan segala-galanya setengah... on tak on?," aju pengendali akaun itu.

Video asal daripada akaun TikTok itu kemudian mendapat perhatian di beberapa platform media sosial lain termasuk laman X sehingga timbulnya perdebatan dalam kalangan netizen.

Salah seorang pelayar X kemudiannya menyelar reaksi wanita terbabit yang sanggup berkongsi separuh bayaran.

Pilihlah yang sekufu, kalau dah biasa mewah carilah yang kaya

WARGA MAYA

Malah dia turut menyifatkan wanita terbabit hanya bersetuju kerana belum berkahwin dan merasai situasi sebenar hidup berumah tangga.

"Belum kahwin bolehlah cakap on nak bayar semua separuh-separuh.

"Nanti dah kahwin semua kongsi bayar, kau akan rasa betapa hauknya (teruknya) suami kau sebab dia sepatutnya sediakan semua perkara asas.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Kalau itu pun (perkara asas) separuh-separuh, baik duduk dengan roommate je," ciapnya.

Pandangan yang dilontarkannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan bersetuju dengannya.

"Kalau nak ada bini (isteri) tapi nak split bil... baik tak payah kahwin. Nafkah tu tanggungjawab yang wajib diberi walaupun isteri reda.

"Perkara ni yang aku banyak pesan pada orang, fahamkan betul-betul apa tanggungjawab suami. Lainlah suami mampu sewa rumah RM500 tapi kau demand rumah RM1,000... kena tahu juga kemampuan suami.

"Tak salahkan dia, belum kahwin memang tak nampak cabaran. Tapi kebanyakan isu disebabkan lifestyle je.

"Pilihlah yang sekufu, kalau dah biasa mewah carilah yang kaya," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain