BANYAK kisah yang dikongsikan oleh individu yang bekerja dalam perkhidmatan penghantaran barang dari pintu ke pintu di media sosial. Antara yang dibimbangi mereka adalah sikap sesetengah pelanggan yang memberi banyak alasan untuk membayar caj penghantaran apabila barang dipesan dihantar di kediaman mereka. Bagi pekerja penghantar kurier, Mohd Ruzimi, dia berkongsi video menunjukkan bagaimana dia 'dipaksa' mencari duit yang disembunyikan oleh pelanggannya ketika membuang penghantaran barang dengan kaedah COD (cash on delivery). Ruzimi tercari-cari wang yang ditinggalkan pelanggan. Membuat rakaman video ketika proses mencari, dia hairan apabila duit tersebut tiada di sebelah selipar berwarna ungu seperti yang dimaklumkan kepadanya sebelum ini. "Ini selipar purple (ungu). Eh tak ada pun. Ini semua kasut. Ah sudah, jahanam. "Ada sesiapa nampak ke?" ujarnya dalam video sambil mencari-cari duit berkenaan yang kononnya sudah ditinggalkan pelanggan. Keadaan di rumah berkenaan yang nampak seperti tiada sesiapa menyebabkan lelaki ini terpaksa gigih mencari dengan wang tunai yang ditinggalkan itu dijumpai. ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier membebel kerenah customer COD... Ada 3 kategori, yang ketiga level ‘puaka’! ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier gelabah pelanggan COD ‘complain’ baki tak cukup, risau amanah kerja - “Aku bukannya berkira cuma nak tahu” Ruzimi ternyata tidak berputus asa mencari di sekitar ruang hadapan rumah dengan memerhati seandainya terdapat selipar ungu lain tetapi ternyata cuma ada sepasang dan tiada wang di sebelahnya. Tidak lama selepas itu, Ruzimi akhirnya berjaya menjumpai duit tersebut di dalam sekeping plastik yang tergantung dan dilekatkan pada pagar batu rumah. "Allahuakhbar. Selipar purple (letak) macam ni lah (bersebelahan). "Okay kak, terima," ujarnya sambil ketawa kecil, terhibur apabila arahan kuang tepat yang diberikan oleh pelanggan. Memang semua pelanggan macam ni beritahu ambil duit lebih. NETIZEN Bukan itu sahaja, pelanggan turut meninggalkan sekeping nota kepada yang membuatkan hatinya gembira. "Ini duitnya ya. Kalau ada lebih simpan atau ambil je. Terima kasih," tulis pelanggan itu dalam nota tersebut. Video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 400,000 jumlah tontonan setelah disiarkan pada Selasa. Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang memuji sikap pelanggan yang bermurah hati walaupun 'petunjuk' diberikan agak mengelirukan. Komen warganet pada video. "Bagus pelanggan prihatin macam ni. Nak keluar tak kisah janji duit COD tinggal la dekat mana-mana. Memudahkan urusan. "Memang semua pelanggan macam ni beritahu ambil duit lebih. Kalau tak cakap memang rasa berdosa ambil walaupun duit sen," komen netizen. Menurut Ruzimi, ini merupakan pengalaman paling rumit untuk mencari duit COD sepanjang empat tahun bekerja sebagai penghantar barang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube