suria

Abang kurier membebel kerenah customer COD… Ada 3 kategori, yang ketiga level ‘puaka’!

Pekerja kurier turut tidak terkecuali berdepan dengan karenah 'aneh' pelanggan. -Gambar hiasan (kanan)

KITA sering mendengar luahan daripada pekerja syarikat penghantaran makanan atau rider yang berdepan dengan 1,001 kerenah pelanggan di media sosial.

Hal yang sama sebenarnya turut dihadapi oleh pekerja syarikat penghantaran barang atau kurier.

Seperti yang kita maklum, pekerja kurier akan menghantar beratus parcel ke setiap alamat dalam sehari.

Bayangkan sekiranya penerima atau pemilik barang mempunyai 'kerenah' masing-masing, bukan setakat melambatkan kerja serta membazir masa pekerja kurier, malah boleh juga membuatkan mereka pening kepala!

kurier 2

Pekerja kurier tersebut mencadangkan agar pelanggan meninggalkan wang di dalam sampul sekiranya tiada di rumah.

Disebabkan kerap berdepan situasi yang menyukarkan keadaan, seorang pekerja kurier terpanggil untuk membuat teguran terbuka dalam satu video di media sosial terutama untuk mereka yang membuat pembelian menggunakan kaedah pembayaran 'cash on delivery' (COD).

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa-apa hal boleh tanya kucing akak!” - Ramai terhibur tengok abang kurier berdepan Bubu ‘buat teruk’ terima parcel, terbeliak biji mata

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kes abang J&T bawa lori sampai ke pantai? Netizen syak sesat guna Waze... “Siapa yang salah letak alamat ni”

"Yang mana laki bini bekerja, belilah sampul surat. Dah tahu kerja dua-dua, selitlah dekat celah bedah mana-mana di rumah sampul tu (duit). Aku datang, hanya ambil.

"Keduanya yang dahsyat barang COD ni, tapi nak transfer. Kau beli tu tak boleh bayar sekali ke? Aku tak kisah, dia ambil barang walaupun dia transfer.

"Ketiga yang paling dahsyat ni... ini memang level-level puaka. Semalam aku hantar, dia cakap 'alamak duit tak cucuk lagi lah... Esok boleh?'. Okaylah takpe.

"Ini hari aku datang, dia cakap 'macam tak ada order lah... barang apa, TikTok ke? Kalau Shopee ada lah'. Haihhhh aku geram. Tercabut stereng ni karang!," bebelnya sambil berpura-pura mencabut stereng kenderaannya.

Ingatlah abang kakak makcik pakcik semua... kalau tak ada dekat rumah, tinggalkan duit. Kesian tengok abang kurier telefon dan hon.

NETIZEN

Meskipun kedengaran lucu yang mana rata-rata netizen terhibur dengan bebelan tersebut, namun mereka memahami serta bersimpati kesulitan yang dihadapi oleh 'abang kurier' berkenaan.

Malah mereka dalam masa yang sama turut menasihatkan orang lain yang gemar membeli barangan menerusi kaedah COD agar lebih peka demi memudahkan urusan pekerja kurier.

"Permudahkan urusan orang, insyaAllah urusan kita dipermudahkan.

komen kurier

Warga maya terhibur mendengar bebelan pekerja kurier berkenaan.

"Suami kerja kurier.... bila dia balik, macam-macam dia cerita pasal customer.

"Saya selalu letak duit bayaran dekat satu tempat dan beritahu runner. Runner yang dah biasa, dia tahu tempat saya selalu letak.

"Ingatlah abang kakak makcik pakcik semua... kalau tak ada dekat rumah, tinggalkan duit. Kesian tengok abang kurier telefon dan hon," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini, video 'abang kurier' berkenaan meraih lebih 1,000 shares di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain