KUASA viral yang wujud hari ini boleh membantu golongan peniaga untuk meraih pulangan yang lumayan. Namun, terdapat peniaga yang kurang selesa dengan hal itu kerana bimbang tidak mampu untuk menampung permintaan pelanggan yang ramai. Di Facebook, seorang pembantu gerai, Yayar B. Awang Noh turut meluahkan sentimen sama selepas perniagaan nasi campurnya ditularkan oleh seorang pencipta kandungan. Antara menu di gerai nasi campur itu. "Sepertimana umum mengetahui, semalam gerai Yayar dikunjungi dan (pencipta kandungan) telah membuat satu video mempromosikan lokasi gerai Yayar di Facebook, Instagram dan TikTok. "Saya selaku pembantu merangkap pengurusan marketing untuk gerai kecil Yayar Nasi Campur ingin memohon untuk turunkan kembali video itu. Kami telah menerima impak daripada video tersebut," ujarnya. Menurut Yayar, video reviu makanan oleh pencipta kandungan itu membuatkan gerainya menjadi tumpuan, namun dia bimbang gagal memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan. Kehadiran pelanggan serentak dan diluar kawalan membuatkan keadaan gerai sedikit kelam kabut. YAYAR B. AWANG NOH "Banyak sebab yang membuatkan kami memohon dia untuk turunkan hantaran itu. Antaranya kehadiran pelanggan serentak dan diluar kawalan kami membuatkan keadaan gerai sedikit kelam kabut. "Hal ini membuatkan saya risau pelanggan tidak selesa. Keadaan yang kelam kabut membuatkan Yayar tiada langsung saat untuk berinteraksi dengan pelanggan yang datang ke gerai kecil kami. "Dengan impak yang kami terima membuatkan sedikit tekanan kepada team Yayar dan risau tidak dapat berikan yang terbaik seperti sebelum ini," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kedai makan tak laku, seorang pelanggan pun tiada... Hasrat wanita minta edit gambar macam gerai viral sentuh hati netizen ARTIKEL BERKAITAN: Gerai jadi tumpuan, tapi terkejut tukang masak tuang sepaket garam dalam nasi goreng! Letak tauge pun jadi ‘isu’ Tambah Yayar, dia mengalu-alukankan kehadiran mana-mana pencipta kandungan, namun lebih selesa sekiranya mereka datang sebagai pelanggan atau sahabat sahaja. "Tidak dinafikan, video itu dapat meramaikan lagi pelanggan, namun bukan pada gerai kami sehingga diluar jangkaan dan kawalan. "Untuk semua food review saya alukan kehadiran kalian semua untuk datang makan ke gerai saya tetapi sekadar pelanggan mahupun sahabat saya tetapi bukan sebagai food review. Tak semua peniaga mampu melayan kehadiran ramai pelanggan sekiranya gerai mereka tular. "Sebarang khilaf dari saya, saya mohon seribu keamapunan dan kemaafan," ujar peniaga yang bertapak di sebuah lokasi di ibu negara itu. Di ruangan komen, ramai peniaga serta pelanggan turut bersetuju dengan kenyataan Yayar tentang impak baik dan buruk kuasa tular. "Betul banyak peniaga tak bersedia dengan penangan viral, peniaga sejati memang tetap nak pelanggan dapat layanan terbaik. "Kalau dah viral, jenuh nak beratur sebab nak makan. Padahal sebelum ni tenang-tenang saja. "Bagus Yayar penuh pendirian. Paling penting adalah pelanggan selesa," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube