MENYUSURI alam rumah tangga, setiap pasangan pastinya mengimpikan kehidupan bahagia tanpa adanya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian. Bagaimanapun di media sosial, ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati sepanjang tempoh bergelar isteri mahupun suami dengan kebanyakannya mendakwa menjadi mangsa curang. Tular baru-baru ini video rakaman perbualan seorang pemanggil lelaki dengan penyampai Suria FM menerusi segmen Morning Morning Suria. Lelaki terbabit mengakui menjadi mangsa keganasan rumah tangga kerana sikap isteri yang panas baran dan kaki pukul. Solat dapat membantu meredakan perasaan marah. -Gambar hiasan The Star “Saya nak cerita pasal kehidupan lama dengan bekas isteri sebab dia cepat sangat naik tangan, sangat panas baran dan memukul. “Saya ni bukanlah jenis yang keluar memancing, keluar main futsal... saya ni jenis pergi kerja, balik rumah. “Dia ni pula jenis panas baran, bukan perkara besar, yang kecil pun dia cepat nak pukul. Kadang-kadang makanan terlewat sampai, balik kerja terlewat sebab meeting je,” luahnya memulakan cerita. Menurutnya, meskipun berhadapan dengan keganasan rumah tangga, dia tetap berusaha mempertahankannya malah bertahan selama 10 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri serabut suaminya hampir sempurna, rasa diri tak cukup bagus! Datang angin baran terus minta cerai - “Apa dia buat, semua tak kena” ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 100 hari, wanita dicerai gara-gara suami tawar hati... Akhirnya abang ipar buka rahsia, tapi dah terlambat “Kehidupan yang tak berapa stabil, 10 tahun saya bertahan sebab anak. Tapi akhirnya saya cakap dengan dia ‘awak ni dah terlalu kritikal, walaupun dah ada anak tapi awak masih macam ni’. “Jadi saya cakap dia, ‘jangan sampai Tuhan jentik hati saya untuk keluar daripada kehidupan ni’ dan akhirnya dia cakap ‘kalau awak keluar saya ada orang baru’. “Tahun kesepuluh pada 2020, Tuhan takdirkan untuk saya keluar daripada kehidupan tu dan jumpa orang baru,” katanya lagi. Menurut lelaki ini lagi, bekas isterinya berperangai seperti itu sejak tempoh perkenalan mereka selama lima tahun. Anak-anak pun boleh jadi tak hormat ayahnya kalau isteri tak hormat suami. WARGA MAYA Namun disebabkan rasa sayang, dia meneruskan hubungan sehingga ke alam perkahwinan. Beranggapan masalah yang dialami selesai selepas berpisah, lelaki ini tidak menyangka apabila bekas isterinya tetap mencari dan menjejakinya sehingga kini. “Dia masih mencari saya dan masih juga bergaduh tepi jalan... dia macam tak puas hati kenapa saya tinggalkan dia. “Saya tak tahu Tuhan dengar atau tak saya punya doa sebab mungkin kalau saya teruskan nanti jadi dayus. Suami isteri yang berbeza fikiran sering bertengkar. -Gambar hiasan The Star “Anak-anak ikut perangai dia yang tak hormat ayah,” ujarnya yang mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Video asal daripada Instagram Suria FM itu kemudian dikongsikan semula seorang individu di laman X sehingga menjadi tular dan mendapat perhatian warga maya. “Sebak dengar suara bro ni sampai bergetar cerita pasal pengalaman dia ada ex wife yang abusive. “Sesetengah perempuan memang lowkey sejenis gila, dan jenis ni yang peliknya selalu dapat lelaki baik macam ni,” ciapnya ringkas. Warga maya turut meluahkan simpati pada nasib lelaki terbabit. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya mempamerkan reaksi terkejut berikutan terdapat lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Bagaimanapun terdapat segelintir yang berkongsikan pengalaman berhadapan mangsa keadaan seperti itu. “Masa aku kerja dekat jabatan agama bahagian khidmat nasihat, ada kes isteri dera suami sampai paksa tidur dekat stor. Isteri dia akan cakap elok kalau dia nak buat hubungan intim je the rest dia layan suami dia macam binatang. “Benda ni betul dan pernah nampak depan mata. Seorang perempuan layan suami dia macm kuli, serius kesian gila. Selalu pukul kat kepala. Kalau aku tengok pun tercabar macam mana lelaki tu boleh sabar. “Anak-anak pun boleh jadi tak hormat ayahnya kalau isteri tak hormat suami,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube