KEBERADAAN dua ekor beruk di atas bonet sebuah kenderaan berjaya mencuri perhatian pengguna jalan raya. Menerusi video tular di aplikasi TikTok, dua ekor beruk itu kelihatan tenang ketika dibawa menaiki sebuah Proton Saga lama. Video yang dipercayai dirakam di Terengganu itu meraih hampir 400,000 tontonan sejak ia dikongsi ke platform TikTok sejak Isnin. Video yang tular di laman TikTok. Namun seorang individu tampil meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan haiwan itu dan berharap ia dilayan dengan lebih baik. "Minggu lepas ada nampak. Masa tu hujan renyai. Kesian dekat beruk tu. Sebagai tuan (pemilik) yang berjiwa ihsan terhadap binatang, kalau tiada keperluan untuk bawa beruk ni keluar. Elok beruk-beruk ni duduk dekat tempat tinggal yang disediakan. "Takut perkara yang tak diingini berlaku. Maaf kalau tersilap. Ini sekadar pandangan saja. Takkan la beruk tu nak duduk tengah hujan (di habitat asal). Mesti ada tempat berteduh, bawah pokok ke. Beruk pun ada hati dan perasaan, sama macam manusia," ujar seorang netizen. Polis nak tahan pun berdebar macam ni. NETIZEN Namun, beberapa individu lain meluahkan rasa tidak setuju terhadap pandangan itu memandangkan beruk merupakan haiwan yang biasa hidup di hutan. "Dalam hutan pun beruk tak ada buat rumah sendiri. Kena hujan biasa bagi binatang. "Beruk liar yang duduk atas pokok pun kena hujan. Tu pun nak jadi isu ke?" tulis beberapa pelayar TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar terkejut beruk! Monyet sempat selfie, rakam video dari atas pokok selepas rembat iPhone miliknya - “Makin jauh ke hutan, makin kuat bunyi” ARTIKEL BERKAITAN: Dua gajah naik lori untuk sertai misi khas, diibarat kerja ‘gomen’ - “Seronok ya angin, sampai berkibar telinga” Rata-rata netizen yang lain meluahkan rasa teruja dan turut menggelarkan dua beruk itu sebagai bodyguard. "JPJ tengok pun tak jadi nak tahan. "Bukan calang-calang dia punya bodyguard ni. "Polis nak tahan pun berdebar macam ni," tulis netizen. Malah, ramai yang turut mendoakan agar pemilik beruk itu dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki. Antara komen netizen di TikTok. "Terbaik abang ni, semoga dipermudahkan segala urusan. "Terbaik bos, mencari rezeki yang halal. Tak kisah orang nak kata apa. "Mantap, hebat tuannya. 'Budak' berdua tu duduk diam saja kat belakang tu," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube