suria

Pakcik uzur ke masjid naik wheelchair, berdiri masa solat! Pemuda liat sembahyang jemaah malu dengan diri sendiri

Solat berjemaah di masjid dijanjikan dengan pahala berlipat kali ganda. -Gambar hiasan (kanan)

SOLAT merupakan amalan wajib bagi semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada.

Boleh ditunaikan secara bersendirian, namun ganjaran pahala 27 kali ganda menanti mereka yang menunaikan solat secara berjemaah.

Walaupun dijanjikan dengan saham akhirat yang sebegitu lumayan, tidak ramai yang mampu melaksanakannya atau menjadikannnya rutin, mungkin kerana faktor kekangan masa dan keletihan.

Lelaki warga emas (dua dari kiri) memilih untuk solat berdiri walau kakinya tidak kuat.

Melalui satu hantaran di Facebook, seorang pemuda berkongsi kisah inspirasi ketika singgah solat fardu di sebuah masjid di Simpang Ampat, Pulau Pinang yang kelihatan lengang dengan kehadiran hanya beberapa jemaah.

Menurutnya, perkara yang mencuri tumpuan adalah kehadiran seorang lelaki warga emas yang uzur ke masjid berkenaan, sekali gus menyedarkan dirinya yang sering bermalas-malasan dalam menunaikan solat.

"Kita kalau sakit sekejap pun dah rasa penat dan sebagainya. Kita mesti akan pilih jalan mudah untuk solat secara duduk atau lain-lain pelepasan yang dibenarkan di sisi syarak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bingung jemaah dipanggil tunai fardu Zuhur lepas solat Jumaat... Pengalaman pertama seumur hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Makmum merungut imam Subuh baca surah panjang, terkejar-kejar nak hadap trafik sesak pergi kerja

"Tapi tok wan yang saya jumpa ni, dia pilih untuk solat secara biasa iaitu berdiri setiap kali hadir solat berjemaah. Untuk pengetahuan, dia datang ke masjid dengan kerusi roda yang ditolak anaknya kerana tidak mampu untuk berjalan jauh.

"Malu sungguh rasa diri ni, saya sihat je pun, kadang tu berat juga nak hadir solat berjemaah. Satu pengajaran untuk saya, tok wan ni setiap hari boleh datang untuk Maghrib dan Isyak, kenapa bukan kita?

"InsyaAllah pakcik ni akan terus hadir ke masjid sekiranya kesihatannya mengizinkan," cerita lelaki itu.

Kesibukan kita mencari duit tak akan menguntungkan kita apabila di negeri abadi nanti, ayuhlah kita meramaikan masjid.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengambil iktibar daripada perkongsian itu dan berjanji untuk terus memperbaiki diri dalam aspek agama dan ibadat.

"Allahuakbar, tersentak hati ni rasa, kita sesihat-sihat tubuh badan ni malas nak ke masjid tapi orang tua yang kaki dah lemah masih boleh.

Sebahagian komen warga maya.

"Kesibukan kita mencari duit tak akan menguntungkan kita apabila di negeri abadi nanti, ayuhlah kita meramaikan masjid.

"Ramai orang kita yang semangat nak pertahankan Masjid al-Aqsa di seberang dunia sana tapi masjid dalam kejiranan sendiri pun malas nak meriahkan," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain