suria

Pemuda bingung jemaah dipanggil tunai fardu Zuhur lepas solat Jumaat... Pengalaman pertama seumur hidup

Perkongsian seorang lelaki mengenai solat Jumaat yang perlu diganti.

SOLAT Jumaat merupakan solat fardu dua rakaat bagi menggantikan solat Zuhur yang diiringi dengan khutbah.

Ia diwajibkan ke atas lelaki beragama Islam yang baligh, berakal, sihat tubuh badannya dan bermukim iaitu tinggal di satu tempat lebih daripada tiga hari.

Baru-baru ini gempar satu video tular di TikTok, menunjukkan seorang lelaki dan jemaah masjid dipanggil untuk mendirikan solat Zuhur sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.

Ilmu solat perlu difahami dengan sebaik-baiknya. -Gambar hiasan

Lelaki tersebut dilihat berjalan kembali ke dalam saf sambil riak wajahnya jelas terpancar kekeliruan.

Turut kedengaran imam di hadapan melaungkan takbiratul ihram sebagai menandakan permulaan solat.

"Kali pertama pengalaman kena macam ni, solat Jumaat tadi rupanya tak sah, jadi kena solat sekali lagi tapi solat Zuhur," kata lelaki itu menerusi videonya.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat bawah tangga ketika 'outstation' di Switzerland, officemate datang tegur - “Jawapannya sampai sekarang aku ingat”

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah surau ‘basuh’ penceramah, melenting disuruh henti kejar harta dunia - “Cakap senang la, ustaz ada semua”

Pada ruangan kapsyen, lelaki itu meminta pandangan orang ramai sekiranya mereka pernah melalui perkara sama.

"Siapa pernah kena pengalaman macam ni sila angkat tangan," kata lelaki itu cuba mencari kepastian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa terkedu dengan situasi tersebut kerana ia kali pertama dilihat berlaku.

Tempat saya pernah khatib terlupa baca selawat, apabila sedar pun dah selesai solat Jumaat... terpaksa ganti solat Zuhur.

WARGA MAYA

"Tak sangka boleh jadi macam ni, mungkin ada hikmahnya untuk yang lain, kita sama-sama belajar dan perbaiki amal ibadah kita.

"Bagus ada content pendedahan macam ni, sekurang-kurangnya dapat ilmu baharu dan boleh mendalami lmu ibadah.

"Saya ingat apabila kita sembahyang seorang je boleh berlaku benda khilaf dan tak yakin sampai kena ulang solat, rupanya di masjid pun boleh berlaku juga.

"Saya rasa dalam kes di masjid ini, mungkin ada rukun khutbah yang tidak dipenuhi, itu yang dikira tidak sah. Nasib baik ada jemaah yang perasan dan tegur," kata beberapa pelayar.

Sebahagian komen warga maya.

Seorang warga maya kemudiannya tampil untuk menceritakan apakah rukun khutbah tersebut.

"Rukun khutbah ada lima iaitu memuji Allah SWT, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, pesan untuk bertaqwa, membaca satu ayat al-Quran dan membaca doa kepada orang beriman dalam khutbah kedua.

"Jika terlupa membaca salah satu perkara di atas, khutbah Jumaat dikira tidak sah. Maka solat Jumaat juga akan menjadi tidak sah dan perlu digantikan dengan solat Zuhur.

"Benar, tempat saya pernah khatib terlupa baca selawat, dan apabila sedar pun dah selesai solat Jumaat, jadi terpaksa ganti solat Zuhur.

"Senang jadi kesilapan begini apabila khatib tidak membaca mengikut teks dan cuba ringkaskan sendiri," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain