suria

Lelaki disaran jangan kahwin perempuan B40 adik-beradik ramai, banyak beban! - “Tak guna isteri cantik tapi menyusahkan”

Berkahwin bukan hanya penyatuan dua jiwa, tetapi menerima pasangan serta keluarganya seadanya. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN individu pasti meletakkan kriteria atau ciri-ciri tertentu yang diidamkan daripada seseorang untuk dijadikan pasangan hidup.

Selain paras rupa dan ciri fizikal, sikap atau keperibadian juga merupakan elemen penting yang dititikberatkan dalam kriteria pemilihan calon.

Bagaimanapun seorang individu tampil dengan pandangan peribadi yang mana dia menasihatkan para jejaka agar meneliti satu lagi 'syarat tambahan' sebelum memilih calon isteri.

Menurut individu tersebut, seseorang lelaki disarankan untuk mengelak daripada mengahwini wanita yang mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai dan datang daripada keluarga B40.

kawin 2

Isu melibatkan keluarga turut menyumbang kepada perbalahan suami isteri. -Gambar hiasan

"Aku nak nasihat sikitlah, kalau nak kahwin, kalau boleh tak payahlah cari perempuan flat PPRT yang ramai adik-beradik dan jenis terlalu rapat dengan adik-beradik.

"Kebarangkalian untuk adik-beradiknya menyusahkan kau adalah sangat tinggi iaitu 80 peratus. Kau bayangkan, kau tengah tidur, sekali isteri kejut pukul 3 pagi 'bang, adik saya kena tangkap dengan ahlong. Tolonglah bayar RM5,000 bang'.

"Tak cerita lagi kakak dia datang rumah minta pinjam kereta. Esok lusa mari lagi adik-beradik jantan dia yang jenis tak ada masa depan, bawa proposal nak niaga burger.

"Lepastu datang pula adik bongsu dia tiba-tiba mention pasal holiday dekat Langkawi, siap mention kau.... dah kena getah lagi kena tanggung satu keluarga biawak hidup," demikian pandangan yang dikongsikan dalam grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin B40 gelabah tak sempat kumpul RM17,000 nak kahwin tahun depan, demi ‘title’ raja sehari mungkin jadi hamba selamanya

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki T20 acah-acah bercinta dengan B40, sudahnya menyesal! Dakwa wanita kelas rendah kaki kikis, asyik nak makan tempat viral

Tambahnya, nasihat tersebut disuarakan berdasarkan pengalaman yang dikongsikan rakan-rakannya yang 'terkena' selepas mengahwini wanita daripada kalangan keluarga besar.

Malah ujarnya, situasi tersebut membuatkan rakan-rakannya tidak tahan menanggung biawak hidup yang mana perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian.

Benda ni ada betulnya. Banyak sangat terjadi. Ambillah pengajaran. Cuma janganlah terlalu keras dan jumud di dalam kehidupan.

NETIZEN

"Banyak kawan aku dah kena macam tu. Sekarang dah cerai dan bahagia katanya. Fikir-fikirkanlah. Tak guna bini cantik tapi menyusahkan siap package buy 1 free 8.

"Kalau main konsep buy 1 free something, baik kau kahwin dengan janda anak empat, at least anak tiri kau empat orang tu bawah kawalan kau.

"Apa-apa hal boleh kasi tangan je. Kalau aku, memang tidak la brother. Nampak je awek lawa tahap dewi sekalipun, kalau aku tanya berapa beradik dan dia jawab tujuh beradik, awal-awal aku reject.

"Rela lagi kahwin dengan janda anak empat atau perempuan peti sejuk," kongsinya lagi.

komen kawin

Komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Sehingga kini hantaran individu tersebut meraih 108 shares selain dibanjiri ratusan komen daripada netizen yang melontarkan reaksi bercampur.

"Samalah dengan yang perempuan pun. Jangan kahwin dengan lelaki yang lebihkan family dia. Nanti apa-apa kau kena torture dengan family dia, dia tak back-up kau langsung, kau makan hati. Kau depress sendirian, laki kau selfish.

"Cerita ni memang fakta. Aku ada kawan PPRT laki dan perempuan. Boleh dikatakan fakta ni tepat 80 peratus.

"Benda ni ada betulnya. Banyak sangat terjadi. Ambillah pengajaran. Cuma janganlah terlalu keras dan jumud di dalam kehidupan.

"Tak semua tapi itulah, tak dinafikan kenyataan ni memang wujud. tapi apa pun semua tu bergantung pada ketegasan suami isteri juga," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain