suria

Makmum merungut imam Subuh baca surah panjang, terkejar-kejar nak hadap trafik sesak pergi kerja

Mereka yang solat berjemaah akan dilipat gandakan pahala sebanyak 25 kali. -Gambar hiasan

SERUAN mengimarahkan masjid menerusi kempen 'Subuh macam Jumaat' nampaknya berjaya mendapat sambutan hangat.

Namun, ketika orang ramai dilihat bersemangat merapatkan saf pada awal pagi, ada juga aduan kurang enak yang mula didengari.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang individu tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan pilihan surah oleh imam sewaktu mengetuai solat Subuh.

Masjid sebagai rumah Allah menjanjikan banyak ganjaran kepada mereka yang beribadah di dalamnya. -Gambar hiasan

Menurutnya, surah yang menjadi pilihan imam terlalu panjang tatkala makmum sedang berlumba dengan masa untuk tiba ke pejabat awal sebelum aliran trafik menjadi sesak.

"Hari tu ada baca perkongsian seorang ni tentang solat 'Subuh macam Jumaat'. Katanya bacaan imam panjang sangat. Kebanyakan orang terkejar-kejar nak pergi kerja.

"Kalau begini rupanya, lama-kelamaan orang tak dapat selalu hadir meramaikan solat Subuh berjemaah di masjid, kalau boleh pun mungkin waktu hujung minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak sembah Tuhan pun perlukan influencer?” - Ramai bengang pengguna ‘X’ cemburu inisiatif geng Subuh Alif Satar

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah surau ‘basuh’ penceramah, melenting disuruh henti kejar harta dunia - “Cakap senang la, ustaz ada semua”

"Aku setuju dengan pendapatnya dan aku perhatikan ramai yang lain turut merasakan perkara sama," kata seorang pelayar menyokong aduan yang dikemukakan.

Kenyataan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya dengan masing-masing berbeza pendapat.

"Kena faham, solat Subuh digalakkan untuk membaca surah panjang supaya sesiapa yang baru bangun dan terdengar azan Subuh, mereka masih sempat datang untuk solat berjemaah sekali.

"Alahai solat Subuh ni dua rakaat je, kalau surah panjang sekalipun, tak akan lebih daripada lima minit untuk selesai solat tu. Lepas bagi salam, boleh terus gerak pergi kerja, tak perlu tunggu zikir.

Lagipun solat fardu tak perlu nak panjang sangat surahnya, kalau solat sunat bersendirian bolehlah nak baca sepanjang mana pun.

WARGA MAYA

"Tepuk dada tanya iman, ikhlas betul ke kau nak datang solat Subuh tu? Kalau kau sedar tengah menghadap Tuhan, kau tak akan terfikir nak terkejar-kejar pergi kerja, Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.

"Benda boleh bincang dengan ahli jawatankuasa masjid (AJK), mungkin mereka bersemangat nampak jemaah ramai dekat belakang, itu yang terus baca surah As-Sajdah.

"Kalau kau tu banyak bunyi sangat, cari masjid lain yang imamnya baca pendek-pendek atau solat je seorang diri dekat rumah," kata warga maya

Dalam pada itu, warga maya lain berpandangan kedua-dua belah pihak perlu bertimbang rasa dalam hal ini.

Warga maya mengutarakan pandangan.

"Sebenarnya imam pun kena tengok kesesuaian demografi makmum sendiri. Kalau makmum ramai daripada kalangan orang bekerja ataupun warga emas yang uzur, elakkan baca surah panjang.

"Lagipun solat fardu tak perlu nak panjang sangat surahnya, kalau solat sunat bersendirian bolehlah nak baca sepanjang mana pun.

"Kepada mereka yang bercakap angkuh dalam hal ini, mungkin tempat kerja mereka dekat sahaja, tak semua orang sama, kena ambil kira jarak ke pejabat dan kesesakan trafik. Entah-entah mereka tu pun menganggur je.

"Sama juga macam solat Jumaat, imam di dalam sejuk berpenghawa dingin sedap baca surah panjang, tak terfikir langsung ke makmum dekat luar berpanas, berhujan atau ada meeting nak kena kejar selepas solat," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain