PENYANYI Niki meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir peminat yang bertindak keterlaluan merakamkan video ketika dia berada di tempat awam.Bagi Niki yang juga merupakan anggota kumpulan Enhypen, tindakan tersebut dianggap mengganggu privasi, apatah lagi video berkenaan bukan ketika dia hadir atas urusan kerja. Sambil memberi peringatan secara terbuka, penyanyi itu turut berkongsi nasihat kepada peminat untuk meminta izin terelbih dahulu jika ingin merakamkan gambar.Rakaman video Niki bersama Yoshi yang dirakam peminat. "Ini tak kelakar! Awak patut datang dan cakap dengan baik. Itu bukannya acara konsert saya," katanya.Video yang tular itu dipercayai dirakam ketika Niki bersama rakan artis Yoshi dari kumpulan Treasure hadir menyaksikan konsert penyanyi The Weeknd yang berlangsung di Korea Selatan.Teguran Niki itu menerima pelbagai respons daripada peminat termasuk luahan tidak bersetuju dengan cara dia memberi nasihat.ARTIKEL BERKAITAN: Army berkhemah luar hotel, bising sampai RM tak boleh tidur ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun bercinta, Yoo Seung Ho dan Lim Se Joo akhirnya bawa haluan masing-masingMalah, ada juga yang mendakwa rakaman tersebut dibuat oleh peminat kumpulan Treasure kerana menyedari kehadiran Yoshi."Dia sindir peminat, rupa-rupanya bukan peminat dia. Apa masalah dia?"Bukankah patut bersyukur ada orang kenal dia?"Sudahlah 18 hari dia tidak berkomunikasi dengan peminat, tetapi kenapa dia boleh marah-marah dan membalas orang sebegitu? Sikapnya sukar dipercayai," balas netizen.