PENYANYI yang kini aktif bergelar pelakon, Lee Joon mendedahkan detik cemas apabila pernah dikejarkan ke wad kecemasan akibat keletihan melampau susulan jadual kerja yang terlalu padat ketika bergelar bintang K-pop suatu ketika dahulu.Lee Joon, 38, turut mengejutkan ramai apabila mengakui langsung tidak memiliki wang simpanan biarpun bekerja tanpa henti pada waktu itu kerana semua pendapatannya diserahkan bagi membantu krisis kewangan keluarganya. “Saya pernah terpaksa mengendalikan sehingga lima jadual kerja dalam masa sehari.Lee Joon pernah dikejarkan ke hospital gara-gara terlalu penat. “Keadaan itu menyebabkan saya hampir pengsan ketika sesi penggambaran dan terus dibawa ke bilik kecemasan,” dedahnya ketika muncul dalam program varieti Moo No Plan 4 terbitan MBN dan Channel S.Melihat kepada kesibukan dan populariti luar biasa yang diraihnya sewaktu bergelar penyanyi, personaliti media sosial Kwak Tube bertanyakan sama ada dia berjaya mengumpul aset atau wang simpanan hasil titik peluhnya itu.Bagaimanapun, Lee Joon secara jujur menjelaskan hasil kerja kerasnya itu digunakan sepenuhnya bagi melangsaikan bebanan hutang dan masalah kewangan yang menimpa keluarganya.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh muat naik gambar wanita atas katil, pelakon popular mohon maaf mengaku foto lamaARTIKEL BERKAITAN: “Pelanggan tanya kenapa asyik tutup?” - Warung Nunung makin sepi, pekerja temui tanah kubur“Ketika itu, keluarga saya sedang mengalami kesukaran kewangan yang getir.“Jadi, semua wang yang saya peroleh sepanjang tempoh itu habis digunakan untuk membantu mereka,” luahnya.Untuk rekod, selepas mencipta nama sebagai anggota kumpulan MBLAQ pada 2009, Lee Joon kini terus mengukuhkan profil seninya sebagai pelakon.