suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amitabh Bachchan ‘tolak‘ salam peminat, netizen buat perbandingan sikap mesra Salman Khan

Amitabh dilihat tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan peminat.

PELAKON Bollywood, Amitabh Bachchan mengundang pelbagai reaksi netizen selepas tindakannya menolak permintaan seorang peminat wanita yang mahu bersalaman dengannya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-84.

Menerusi video yang tular di media sosial, pelakon veteran itu dilihat keluar dari kediamannya pada Ahad untuk menyapa peminat yang berkumpul bagi meraikan hari istimewanya.

Bagaimanapun, situasi menjadi janggal apabila seorang peminat wanita dilihat cuba mendekati Amitabh bagi mendapatkan peluang bersalaman dengan pelakon berkenaan.

Tindakan Amitabh mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Amitabh yang mengenakan kurta berwarna merah bagaimanapun tidak menyambut permintaan tersebut, sebaliknya meneruskan sesi menyapa peminat dengan merapatkan kedua-dua tapak tangannya sebagai tanda hormat.

Tindakan bintang filem itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang berpendapat dia sepatutnya meluangkan sedikit masa untuk bersalaman dengan peminat yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Amitabh Bachchan hampir pengsan, Michael Jackson tersilap ketuk pintu bilik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Amitabh Bachchan diisytihar zon larangan, kini ditutup untuk kerja pembersihan

Malah, segelintir netizen turut membandingkan sikap Amitabh dengan pelakon Salman Khan yang disifatkan lebih mesra dan pandai melayani peminat.

“Dia boleh sahaja bersalaman dengan gadis itu. Gadis berkenaan datang dengan penuh harapan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Inilah perbezaan antara Amitabh dan Salman,” komen seorang lagi netizen.

Artikel Lain