suria

“Nak sembah Tuhan pun perlukan influencer?” - Ramai bengang pengguna ‘X’ cemburu inisiatif geng Subuh Alif Satar

Inisiatif yang dilakukan Alif Satar berjaya mencetuskan fenomena Geng Subuh Macam Jumaat.

SOLAT secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam dan bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad.

Kesibukan kerja menyebabkan hanya saf solat Jumaat sahaja yang sering penuh berbanding solat fardu di masjid sehinggakan penyanyi dan pelakon Alif Satar membuat ‘gerakan’ Geng Subuh Macam Jumaat.

Sejak memulakan langkah tersebut, pelbagai maklum balas positif diterima termasuk penyertaan daripada masyarakat.

Posting seorang pelayar X yang mengecam inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat

Posting seorang pelayar X yang mengecam inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat.

Malah beberapa gambar dan video tular memaparkan ribuan jemaah mengikuti Geng Subuh pada 1 Januari lalu.

Bagaimanapun terdapat segelintir individu yang memberi komen negatif dan beranggapan mereka yang hadir dalam program tersebut sekadar mahu bertemu selebriti.

Tampil dengan pandangan berbeza, seorang pelayar laman X berkata, individu yang gemar mengkritik sepatutnya cuba melakukan perubahan ke arah kebaikan seperti yang dilaksanakan Alif Satar.

ARTIKEL BERKAITAN: Malam ‘cucuk langit’, siang jadi imam solat jemaah...Ramai kagum pelajar ini tunjuk contoh imbangi dunia dan akhirat

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ada misi, solat Subuh berjemaah di masjid selama 30 hari... Dapat sesuatu tak pernah dirasai sepanjang hayat

“Yang kau patut cemburu dengan Alif Satar ni ialah dia tengah farming pahala akhirat.

In other side, kau cari titik perubahan nak tambahkan pahala. Cakap pasal sudut negatif tak guna pun,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan yang diberikan itu.

Sekurang-kurangnya Alif Satar pengaruhi orang lain ke arah kebaikan.

WARGA MAYA

Malah ada yang beranggapan tindakan Alif adalah sebagai motivasi supaya masyarakat khususnya golongan muda dapat terus melakukan solat berjemaah.

“Mula-mula orang akan excited join sebab ada Alif Satar. Once dia dapat momentum, dia akan gerak sendiri juga sebab dah rasa ‘kelazatan’ dunia dan akhirat seiring.

Jemaah yang menunaikan solat Subuh bersama Alif Satar.

Jemaah yang menunaikan solat Subuh bersama Alif Satar.

Thank you for saying this. Sekurang-kurangnya Alif Satar pengaruhi orang lain ke arah kebaikan, yang komen meroyan tu mesti dengki sebab tak dapat influence ke arah kebaikan.

“Untung dia ramai nak sedekahkan pahala kat dia... Orang zaman sekarang ni bukan main lepas nak mengata.

“Buat dan ikut perkara yang baik, apa salahnya kan,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain