suria

Suami halau isteri keluar rumah gara-gara kena bayar makan di kedai... Wanita derita emosi, takut nak beritahu mak ayah sudah bercerai

Perkahwinan memerlukan keikhlasan dan kesepakatan dua jiwa. -Gambar hiasan

NAFKAH yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya adalah merangkumi makanan, pakaian dan menyediakan tempat tinggal yang selesa.

Namun malang bagi wanita ini apabila dia dianggap sebagai beban oleh si suami.

Meluahkan apa yang terjadi, wanita ini berkata segalanya berpunca selepas dia enggan menunaikan permintaan suami yang mahukan dia membayar barang yang diingini.

Malah suaminya turut menganggap bahawa dia adalah liabiliti kerana perlu menanggung kos makan di luar setiap kali tidak sempat memasak pada hari bekerja.

Wanita sering menjadi mangsa amarah suami. -Gambar hiasan The Star Azhar Mahfof

Wanita sering menjadi mangsa amarah suami. -Gambar hiasan The Star Azhar Mahfof

“Puncanya disebabkan saya jadi bebanan yang perlu ditanggung makan. Tapi perbelanjaan dapur, kelengkapan diri, perhiasan, kereta dan minyak saya tanggung sendiri.

“Duit belanja bulanan pun suami tak pernah bagi, dia hanya tanggung makan semata-mata sekiranya terpaksa makan di luar rumah kerana tidak sempat memasak selepas pulang kerja,” luahnya.

Bukan sahaja disindir sebagai beban, suaminya turut mengakui ikatan perkahwinan yang terjalin antara mereka adalah satu kesilapan besar.

Bahkan dia terpaksa menahan telinga apabila suaminya sering mengungkit tentang perbelanjaan majlis kahwin yang ditanggung sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu dilayan macam bayi, kedekut pula! Isteri nak cerai, tak tertanggung beban jadi kuli rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 100 hari, wanita dicerai gara-gara suami tawar hati... Akhirnya abang ipar buka rahsia, tapi dah terlambat

Lebih menyedihkan apabila mahligai perkahwinan yang dibina hancur walaupun belum mencecah usia setahun.

Bercerita lanjut wanita itu berkata dia kembali semula ke rumah keluarganya selepas dihalau dan diceraikan suami.

Bagaimanapun dia tidak memaklumkan tentang penceraian kerana bimbang dimarahi oleh kakak dan abangnya.

Tak perlu takut atau kesian pada suami sebab sekali dia dah ungkit, sampai bila-bila pun kaki ungkit.

WARGA MAYA

“Saya balik rumah ibu bapa tapi mereka tak tahu tentang saya diceraikan... saya mengatakan datang untuk outstation,” ujarnya lagi.

Mengakui masih belum mempunyai anak, dia turut menyatakan buntu untuk menerangkan situasi yang dialami terhadap keluarga.

“Saya bekerja dan tiada anak... abang dan kakak saya jenis suka marah kalau adik di dalam kesusahan.

“Saya buntu untuk menerangkan situasi ini kepada ibu bapa. Saya tidak mahu mereka susah hati, macam mana saya nak hadapi semua ni,” aju wanita itu buntu.

Antara pandangan yang diberikan warga maya.

Antara pandangan yang diberikan warga maya.

Luahan yang dibuat di laman Facebook itu mendapat perhatian warga maya.

Rata-ratanya memberi kata-kata sokongan dan perangsang supaya dia mempunyai kekuatan untuk menghadapi situasi sukar tersebut.

“Istigfar banyak-banyak dan terimalah semua ini dengan reda. Suami dah ceraikan, pergi buat pengesahan kemudian tunjuk WhatsApp tersebut pada keluarga terutama mak ayah. Untungnya adik bekerja.

“Cerita pada famili... tak perlu takut atau kesian pada suami sebab sekali dia dah ungkit, sampai bila-bila pun kaki ungkit... kalau ada anak, nak ungkit susu dan lampin pula?

“Masalah suami suka mengungkit segala yang diberi seolah-olah isteri dia bebanan... memanglah kos makan suami tanggung tapi berkira-kira dan mengungkit ni tak patut dicontohi.

“Eloklah dia dah ceraikan, tak sesuai jadi suami... dah memang tanggungjawab dia menafkahi isteri tapi mengungkit pula. Move on, awak layak dapat yang lebih baik,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain