suria

Dari gaji tak sampai 1k, lelaki bahagia bebas hutang umur 50 tahun hasil keras hati... 22 tahun kahwin, 2 kali beli rumah dan kereta

Pengurusan kewangan yang baik menjamin masa depan keluarga. -Gambar hiasan

DEFINISI bahagia mungkin berbeza bagi setiap individu.

Ada yang bahagia apabila mempunyai keluarga yang harmoni, dikurniakan kesihatan serta kedudukan kewangan yang baik, ataupun cukup sekadar memiliki hati yang tenang.

Selain itu, mencapai status bebas hutang pada peringkat umur tertentu juga merupakan satu pencapaian yang dianggap sebagai salah satu kebahagiaan dalam hidup, sebagaimana perkongsian individu ini.

Dalam hantaran di Facebook, individu berkenaan berkongsi mengenai bagaimana dirinya menguruskan kewangan keluarga sejak mula berkahwin sehingga berjaya melunaskan komitmen hutang pada usia 50 tahun.

"Masa kahwin 22 tahun lepas, gaji baru RM950. Ketika baru kahwin, saya beli rumah kos rendah RM42,000. Dalam rumah cuma ada tilam, toto, mesin basuh separa automatik, peti ais satu pintu dan almari bujang pasang siap yang berharga RM45.

"Kenderaan motor Kriss. Lahir anak pertama, beli Proton Iswara second-hand. Alhamdulillah isteri bukan jenis meminta-minta," kongsinya.

Happy young Asian family play together on couch at home. Chinese mother father and child daughter enjoying happy relax spending time together in modern living room in evening.

Ketua keluarga perlu bijak merancang kewangan untuk keluarga. -Gambar hiasan

Menurut individu berkenaan, dia dan pasangannya beransur-ansur melengkapkan perabot di dalam rumah hanya selepas simpanan yang dibuat setiap bulan mencukupi, kerana mahu mengelakkan bebanan hutang.

Ujarnya juga, dia mula membeli kereta baharu iaitu sebuah Proton Persona hanya selepas lapan tahun menggunakan Proton Iswara terpakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang 6K dengan saudara, suami isteri ‘alim’ enggan bayar! Anggap tak wajib sebab pemiutang tak solat

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anggap miliki rumah satu pencapaian! Ada yang tak setuju, ‘tepis’ tawaran buat loan bank pun satu kejayaan

"Deposit RM20,000 kongsi dengan isteri seorang separuh. Sembilan tahun setiap bulan bayar RM315 tapi setiap bulan bayar lebih, kalau ada duit lebih. Tujuh tahun lebih dah settle.

"Pada 2014, saya beli rumah landed dekat Bukit Beruntung bernilai RM80,000. Masa tu orang cakap Bukit Beruntung ni tempat jin bertendang... saya pekakkan telinga.

"Loan rumah 24 tahun sebab nak monthly rendah. Tapi saya dah kira-kira. Kalau kereta yang RM100,000 lebih pun sembilan tahun, takkan rumah saya tak boleh buat macam tu.

"Jadi tiap-tiap bulan kalau ada lebih, saya akan bayar principal. Alhamdulillah tahun lepas umur saya 50 tahun saya dah bebas hutang," kongsinya lagi.

Ada duit beli, tak ada duit diam-diam. Katakan tidak pada hutang bank.

NETIZEN

Mengakui bukanlah mudah untuk 'membebaskan' diri daripada membayar hutang apatah lagi pelbagai komitmen lain juga perlu dilunaskan, individu ini berkongsi lima prinsip yang diamalkan untuk menjayakan hasrat tersebut.

"Niat, keras hati, usaha, doa dan tawakal. Orang bawa famili jalan-jalan setahun tiga, empat kali, saya bawa sekali setahun je.

"Kawan-kawan tukar kereta baru, motor baru, saya pejam mata je. Prinsip saya sekarang selepas bebas hutang, ada duit... beli. Tak ada duit, jangan berhutang.

"Sekarang ni kawasan saya yang dulunya orang kata tempat jin bertendang, harga rumah baharu dah RM400,000," ujarnya sambil menambah, amalan yang sama turut diperturunkan kepada anak-anaknya.

komen 1

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

Hantaran yang dikongsikan di laman grup Facebook Majlis Bankrupt di Malaysia sehingga kini meraih 221 shares, selain dibanjiri dengan komen netizen yang mengagumi pendekatannya menguruskan kewangan.

"Konsep sama dengan suami saya... ada duit beli, tak ada duit diam-diam. Katakan tidak pada hutang bank.

"Anda seorang yang disiplin pasal kewangan dan hutang. Doakan saya settle dan aman-aman bila tua nanti.

"Bijak merancang, senang masa depan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain