suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah biasa ditampar, ditendang... Wanita tergamam tengok keluarga layan ‘maid’ macam hamba abdi! - “Saya sujud minta maaf”

Pembantu rumah bukan hamba majikan. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN pembantu rumah bertujuan meringankan beban menguruskan kediaman tetapi itu bukan alasan untuk melayan mereka seperti binatang.

Seorang wanita membuat keputusan membawa keluar pembantu rumah yang ditempatkan di kediaman ibunya selepas mendakwa pekerja itu menerima layanan buruk daripada ahli keluarganya.

Menurut wanita itu, pembantu rumah tersebut pada asalnya diambil selepas ibunya kerap mengadu penat menguruskan rumah.

"Saya duduk jauh dan tak sempat pasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mak tapi masa pembantu rumah itu datang, saya sempat pesan supaya dia tegas.

Ada sebahagian pembantu rumah didera majikan. -Gambar hiasan AI

Ada sebahagian pembantu rumah didera majikan. -Gambar hiasan AI

"Kalau penat, cakap. Buat apa yang ada dalam kontrak saja. Saya juga tinggalkan telefon untuk mudahkan dia hubungi saya kalau berlaku apa-apa," katanya.

Sepanjang bekerja di rumah tersebut, wanita itu berkata pembantu rumah berkenaan tidak pernah mengadu mengenai sebarang masalah.

Bagaimanapun, segala-galanya terbongkar apabila wanita itu pulang ke rumah ibunya selepas menemani abangnya menghantar barang perkahwinan.

"Masuk je dalam rumah, pergi dapur saya tengok kakak tengah tunjal kepala pembantu rumah. Saya tengok dia dah terduduk dan melutut. 

"Saya memang tak boleh tengok keadaan macam itu. Pembantu rumah dah menangis dan berkali-kali minta maaf," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kandang babi lagi bersih!” - Wanita tiada hati balik kampung, bertukar jadi bibik kemas rumah mentua

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

Tidak dapat menerima apa dilihatnya, wanita itu kemudian mengarahkan pembantu rumah tersebut mengemas pakaian untuk dibawa keluar dari kediaman berkenaan.

"Saya kenal famili macam mana. Tahu perangai masing-masing. Mak terus salahkan pembantu rumah selepas saya cerita apa yang berlaku. Segala sumpah seranah keluar dari mulut dia.

"Saya angkut semua barang dan keluar. Baik saya keluarkan pembantu rumah dari situ sebelum berlaku perkara lebih buruk," katanya.

Dalam perjalanan pulang, wanita itu kemudian bertanya sama ada pekerja tersebut pernah dipukul sepanjang berada di rumah keluarganya.

Katanya, pembantu rumah berkenaan pada mulanya hanya mendiamkan diri sebelum akhirnya mengakui pernah menjadi mangsa kekerasan.

Tidak dinafikan ada pembantu rumah pemalas. -Gambar hiasan AI

Tidak dinafikan ada pembantu rumah pemalas. -Gambar hiasan AI

"Saya terus cakap nak bawa dia buat laporan polis. Tapi dia pegang bahu saya dari belakang dan minta jangan buat laporan. Dia kata dia takut dan sudah maafkan mereka," katanya.

Wanita itu berkata dia berulang kali meminta maaf kerana tidak mengetahui kekerasan dialaminya.

Namun dia tergamam apabila mendengar beberapa dakwaan antaranya hanya diberi sisa makanan selain dicurah air panas dan ditampar.

"Dia pernah kena curah air panas dekat belakang badan. Kadang kena sepak dengan mak. Mak tampar dia bila dia cakap, dia nak rehat kejap sebab penat. 

"Kakak pernah tolak dia dalam bilik air sebab tak bersihkan baju kakak betul-betul. Saya sampai sujud di kakinya dan minta maaf. Saya tak tahu dia melalui semua ini," katanya.

  • Wanita terkejut melihat pembantu rumah didakwa dikasari ahli keluarganya.
  • Pekerja itu sebelum ini tidak pernah mengadu walaupun sering ditanya keadaannya.
  • Maid mendakwa pernah dipukul, dicurah air panas dan hanya diberikan sisa makanan.
  • Wanita mahu membuat laporan polis, namun pembantu rumah merayu agar tidak berbuat demikian.
  • Sebak mengetahui kejadian sebenar, wanita membawa pekerja itu tinggal bersamanya.

Wanita itu berkata dia turut bertanya sama ada pembantu rumah berkenaan mahu dihantar pulang atau terus tinggal bersamanya.

Menurutnya, pekerja tersebut memilih untuk terus bekerja dan tinggal di rumahnya buat masa ini.

"Saya okay saja kalau dia nak tinggal. Tapi kalau suatu hari nanti dia nak balik, saya akan hantar.

"Saya berterima kasih kepada dia kerana bertahan dan tidak melarikan diri walaupun melalui semua ini," katanya.

Pada masa sama, wanita itu menegaskan dia tidak akan mempertahankan ahli keluarganya sekiranya benar mereka melakukan kekerasan terhadap orang lain, malah sanggup membuat laporan polis sekiranya perlu.

Artikel Lain