Setiap individu perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan dalam rumah yang mereka tinggal. -Gambar hiasan AI
ADA sebahagian menantu berasa kurang selesa setiap kali pulang ke rumah mentua, terutama jika keadaan kediaman dalam keadaan kotor.Seorang wanita mengakui sudah penat berdepan situasi sedemikian setiap kali pulang ke rumah mentuanya. Menurut wanita itu, sebelum ini dia sering mengambil inisiatif membersihkan rumah berkenaan, namun lama-kelamaan berasa terbeban kerana perkara sama berulang."Rumah mentua kotor, kandang babi tu lagi bersih rasanya. Setiap kali balik kampung, aku bersihkan, tapi dah penat. Setiap kali balik saja nak kena bersihkan.Suami perlu bersama isteri dalam membersihkan kediaman. -Gambar hiasan AI"Kami menantu, bukan orang gaji. Tak guna anak-beranak duduk rumah mak tapi tak reti mengemas," luahnya.Tambahnya, keadaan tersebut turut menyebabkan adik-beradik lain berasa kurang selesa apabila mahu pulang dan berkumpul di rumah berkenaan.Wanita itu mendakwa terdapat ahli keluarga termasuk adik ipar perempuannya yang tinggal bersama di rumah tersebut, namun kebersihan kediaman masih tidak dijaga dengan baik."Dalam rumah itu ada anak perempuan dia, anak-beranak duduk dengan mak mentua.ARTIKEL BERKAITAN: Mengamuk, menjerit macam kena rasuk! Mentua ‘langkah kiri’, dihalau menantu dalam pantang gara-gara mulut celuparARTIKEL BERKAITAN: Pernah tolong cebok, mandikan mentua sakit... Kebaikan menantu wanita ini akhirnya dibalas fitnah curang!"Sampah jajan anak-anak mereka makan, buang saja bawah kerusi dan meja. Kalau aku tak kutip, berbulan atau bertahunlah dekat situ," katanya.Malah katanya, lantai rumah juga berpasir dan jarang dimop sehingga menyebabkan tapak kaki menjadi kotor selepas berjalan di dalam kediaman tersebut."Tapak kaki sampai jadi hitam tapi bila dia nampak tapak kaki kita hitam dia pula yang soal kita balik punca lantai kotor," katanya.Wanita berkenaan turut menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa keadaan rumah yang kelihatan lusuh disebabkan masalah kewangan.Wanita mengaku tidak selesa pulang ke rumah mentua kerana keadaan kotor.Dakwa setiap kali pulang, dia terpaksa membersihkan rumah.Sampah makanan dikatakan dibiarkan lama di bawah meja dan kerusi.Dia menafikan keadaan rumah lusuh berpunca daripada masalah kewangan.Netizen turut berkongsi pengalaman sama berdepan rumah mentua tidak terurus.Ringkasan ini dijana oleh AI"Paling kelakar orang ramai ingat dia miskin. Sebenarnya tak miskin, cuma malas. Itu sebab nampak rumah lusuh, baju buruk. Hakikatnya ada saja beli barang TikTok Shop dan Shopee hari-hari," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berdepan situasi yang serupa dengan terpaksa mengemas sebaik tiba di rumah mentua."Begitu la rumah mentua saya sampah sampai berulat busuk seperti lori sampah. Siap kena hurung lalat tapi mereka masih boleh makan dan baring dengan selesa."Bab rumah kotor, suami saya akan bersihkan. Sampai je, dia akan bersihkan bilik tidur sebab tu rumah mak ayah dia. Jadi dia faham," komen warga maya.