EMOSI wanita yang baru bersalin sememangnya sangat sensitif dan perlu dijaga, lebih-lebih lagi ketika masih berpantang dan menanggung kesakitan akibat proses kelahiran.Seorang wanita berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya apabila gurauan ibu mentua mengenai anak keduanya menyebabkan dia hilang sabar sehingga menghalau keluarga suaminya dari rumah. Menurut wanita itu, sejak mengetahui dia mengandung anak kedua, ibu mentuanya beberapa kali berseloroh mahu menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan itu kepada kakak iparnya.Ibu dalam pantang berada dalam kepenatan. -Gambar hiasan AI"Sekali cakap, saya boleh terima lagi. Hari ke-15 dalam pantang, mak mentua dengan ipar duai datang ziarah saya kat kampung."Bayangkan luka bedah pun berdenyut lagi, mak mentua cakap... nanti lepas pantang, boleh la bagi baby ni dekat kakak, kesian dia belum anak lagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Mentua layan menantu macam ‘kain buruk’, ugut cari isteri baru untuk anak jika gila meroyan dalam pantang!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dalam pantang naik teksi bawa bayi ke KK, muka pucat tak sempat makan... Tindakan jururawat buat ramai pujiMendengar kata-kata tersebut, wanita berkenaan yang masih menanggung kesakitan selepas bersalin mengakui gagal mengawal emosinya."Saya rasa mungkin kena rasuk. Terus saya mengamuk,=... mengamuk yang menjerit gila-gila tu."Saya kata sakit kena toreh perut pun tak lega lagi, mak boleh cakap nak bagi orang lain anak ni," katanya.Dia kemudian menjerit dan meminta ibu mentua serta ahli keluarga suaminya meninggalkan rumah."Menjerit-jerit saya halau mereka balik. Adik dengan mak saya kelam kabut pegang dan tenangkan saya."Suami? Sekali dengan dia saya halau suruh keluar rumah," katanya lagi.Mentua gurau mahu beri bayi kepada kakak ipar.Ibu berpantang terus hilang sabar.Suami turut dihalau keluar rumah.Tujuh bulan dia tidak pulang kampung suami.Netizen pesan jaga emosi ibu bersalin.Ringkasan ini dijana oleh AISusulan insiden berkenaan, dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung keluarga suaminya selama kira-kira tujuh bulan."Kakak ipar ada hubungi saya mintak maaf. Dia cakap, mak mentua hanya bergurau," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui emosi wanita selepas bersalin harus dijaga bagi mengelak kejadian tidak diingini."Mulut tu kena jaga sebab masa tu adalah titik terendah buat mereka dengan emosi yang tidak stabil. "Jangan main-main dengan emosi ibu yang baru lepas bersalin. Nasib baik tak jadi apa-apa," komen warga maya.