Penggunaan laptop peribadi sudah menjadi amalan biasa bagi kebanyakan syarikat di Malaysia. -Gambar hiasan AI
BEKERJA menggunakan komputer riba sendiri mungkin dianggap perkara biasa bagi sesetengah individu, namun situasi itu boleh menimbulkan rasa kurang senang apabila segala kos dan risiko kerosakan tidak ditanggung majikan.Berada dalam situasi tersebut, seorang pekerja mula mempertikaikan tindakan syarikat yang mengharapkan dia menggunakan komputer riba peribadi bernilai RM5,800 bagi melaksanakan tugasan harian. Meskipun pada awalnya tidak kisah, dia mula berubah fikiran selepas menyedari syarikat tidak menanggung sebarang kos sedangkan dirinya berdepan risiko kerugian sekiranya peranti itu rosak.Kebanyakan pekerja terpaksa menanggung sendiri kos baiki laptop yang digunakan untuk pekerjaan. -Gambar hiasan AI"Syarikat mengharapkan aku guna laptop sendiri untuk urusan kerja, laptop aku berharga RM5,800... syarikat pula RM0."Dulu aku okay je, sekarang apabila aku fikir balik kalau laptop ni rosak masa tengah kerja, siapa akan tanggung," luahnya di Threads. Dilema berkenaan membuatkan dia turut mempersoalkan kerugian yang perlu ditanggung sekiranya pada masa hadapan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.Seorang pekerja mempertikaikan tindakan syarikat yang memintanya menggunakan komputer riba peribadi bernilai RM5,800 bagi melaksanakan tugasan harian.Pada awalnya dia tidak kisah, namun berubah fikiran selepas menyedari segala kos dan risiko kerosakan perlu ditanggung sendiri.Dia turut berasa rugi kerana syarikat tidak mengeluarkan sebarang modal, malah tidak kehilangan apa-apa sekiranya dia berhenti kerja.Pekerja tersebut mendakwa penggunaan peranti peribadi untuk urusan kerja sudah menjadi amalan biasa di Malaysia.Netizen menyifatkan penyediaan peralatan kerja sebagai tanggungjawab majikan selain mengingatkan tentang risiko keselamatan data syarikat.Ringkasan ini dijana oleh AIBaginya, syarikat tidak mengalami sebarang kerugian kerana tidak mengeluarkan modal untuk peranti bagi tugasan pejabat."Kalau aku berhenti, syarikat tak hilang apa-apa. Aku pula hilang komputer riba yang aku bayar sendiri," ujarnya sambil menyatakan perkara tersebut telah menjadi amalan biasa di Malaysia.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menyatakan hanya syarikat kecil sahaja yang meminta pekerja menggunakan peranti sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Padah simpan draf surat letak jawatan bawah laptop, wanita hilang punca pendapatan sekelip mata... Rupanya angkara pengurus khianat!ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja baru sedar kemudahan laptop rupanya scam terbesar! Tak cukup 8 jam kerja di pejabat, kena sambung sampai malam di rumah"Mesti syarikat kecil tu sebab kalau syarikat besar mereka bimbang tentang isu keselamatan siber dan tak bagi guna laptop sendiri."Mereka tak fikir kalau data syarikat masuk dalam komputer peribadi kakitangan, bahaya betul."Sepatutnya jadi tanggungjawab syarikat untuk sediakan keperluan asas pekerja siapkan tugasan, lepas berhenti kenalah serahkan balik," demikian reaksi netizen.