suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak puas ‘enjoy’ zaman bujang! Suami isteri diselar usung bayi 2 bulan pergi Keretapi Sarong... Abaikan jerebu, ‘speaker’ bingit

Sanggup ambil risiko, ada ibu bapa tak kisah usung anak kecil ke perhimpunan awam yang sesak. -Gambar hiasan AI

TERDAPAT sebahagian ibu bapa muda masa kini dilihat seolah-olah tidak mengendahkan keselamatan anak kecil apabila tergamak membawa bayi mereka ke kawasan perhimpunan awam yang sesak.

Terbaharu, seorang wanita meluahkan kebimbangan selepas melihat sepasang suami isteri membawa bayi mereka ke acara Keretapi Sarong 2026.

Menurut wanita itu, dia terkejut melihat bayi yang dipercayai baru berusia beberapa bulan berada di tengah-tengah lautan manusia, ditambah pula dengan keadaan cuaca jerebu yang berisiko.

Ada ibu bapa tidak mempedulikan risiko kesihatan terhadap anak kecil di tempat sesak. -Gambar hiasan AI

Ada ibu bapa tidak mempedulikan risiko kesihatan terhadap anak kecil di tempat sesak. -Gambar hiasan AI

"Pergi Keretapi Sarong 26, tapi saya terkejut ada sepasang suami isteri bawa bayi yang masih kecil.

"Rasanya usia dalam dua atau tiga bulan macam tu. Memang kecil sangat. Macam mana boleh bawa bayi ke tempat awam macam tu dengan keadaan jerebu?" soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bidas mak ayah bawa bayi ke acara 'padat manusia', panas! Ada juga rimas dengan stroller - "Tak faham apa mereka fikir"

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi baru lahir diusung ke bazar Ramadan, mak ayah redah lautan manusia sambil tolak stroller... Orang lain pula tolong risau keadaan anak

Katanya, dia bukannya mahu mempertikaikan hak mana-mana ibu bapa untuk membawa anak keluar bersiar-siar, namun keadaan dan usia bayi seharusnya menjadi pertimbangan sebelum menghadiri acara yang menghimpunkan ramai pengunjung.

"Speaker bunyi kuat sampai jantung sendiri boleh rasa, telinga kita pun rasa nak pecah... apatah lagi gegendang telinga bayi.

"Nak seronok boleh, kalau rasa nak sangat sertai Keretapi Sarong, tinggalkan bayi di rumah dan minta seseorang jagakan," katanya.

Tambahnya, situasi itu berbeza sekiranya ibu bapa membawa kanak-kanak yang lebih besar dan sudah mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran sedemikian.

"Kalau budak yang dah besar kita faham, tapi ini bayi. Memang tempat terbuka dan sesiapa boleh datang, tetapi kita sebagai orang dewasa terutama yang ada bayi kena fikir kesannya.

"Nak tegur nanti orang kata kita sibuk pula. Saya tak kisah mak bapa dia nak berseronok macam mana sekalipun, tapi kesiankan bayi itu. Masih kecil lagi," luahnya.

Menurut wanita itu, ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap keselesaan dan keselamatan bayi sebelum membuat keputusan membawa mereka menyertai acara yang sesak serta mempunyai bunyi kuat.

  • Pasangan bawa bayi kecil ke Keretapi Sarong.
  • Bayi dianggarkan baru berusia dua hingga tiga bulan.
  • Wanita bimbang keadaan sesak, jerebu dan bunyi kuat.
  • Dia meminta ibu bapa mengutamakan keselesaan bayi.
  • Netizen turut mempersoalkan tindakan pasangan berkenaan.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan pasangan terbabit mungkin belum puas menikmati zaman bujang mereka hingga membawa anak kecil ke acara seperti itu.

"Sesetengah orang tak layak jadi mak ayah. Perangai zaman bujang tak puas lagi, sebab tu penting diri sendiri.

"Kalau nak bawa anak sekali pun sabar la, tunggu umur setahun lebih baru bawa. Bahaya untuk bayi tempat macam tu," komen warga maya.

Artikel Lain