suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malu mak hantar, anak Tingkatan 3 mogok tak mahu belajar! Suruh beli YSuku kalau nak suruh sekolah

Kebiasaan ibu bapa membeli motosikal demi kemudahan anak berulang-alik ke sekolah. -Gambar hiasan AI

KEBIASAANNYA ramai ibu bapa memilih untuk membelikan motosikal buat anak yang meningkat usia remaja bagi memudahkan urusan mereka ke sekolah.

Namun, seorang pekerja sumber manusia (HR) berkongsi kisah menyayat hati mengenai pasangan suami isteri di syarikatnya yang sanggup menambah beban hutang semata-mata mahu memenuhi kehendak anak lelaki mereka.

Menurut individu berkenaan, remaja yang kini berada di Tingkatan Tiga itu dikatakan enggan ke sekolah hanya kerana malu kerap dihantar oleh ibunya.

Ada ibu bapa sanggup berhutang demi mengikut kehendak anak. -Gambar hiasan AI

Ada ibu bapa sanggup berhutang demi mengikut kehendak anak. -Gambar hiasan AI

"Budak dekat rumah aku ni tak mahu pergi sekolah. Tingkatan Tiga. Sebabnya malu mak hantar.

"Maka maknya minta aku buat slip gaji untuk beli 'YSuku' (Yamaha 15ZR)," katanya memulakan cerita.

Bagaimanapun, apa yang membelenggu fikiran pekerja HR tersebut adalah realiti kewangan keluarga berkenaan yang disifatkan sangat kritikal dan tidak kukuh.

Katanya, bapa remaja tersebut bekerja sebagai pemandu lori kontena dengan laluan perjalanan yang jauhdari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider termenung jauh... Pasrah jual motor ‘Ysuku’ baru dibeli demi tampung kos rawatan ibu, fikir cari kerja lain

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dibawa naik motor ‘Ysuku’ basah kuyup kena hujan, balik rumah demam! Ibu jelaskan sebab tak beli kereta

"Gaji bersih RM120 sebulan. Tahu kenapa sikit? Sebab setiap trip bapanya pinjam duit lebih daripada gaji.

"Aku pernah tengok slip gaji dia dah banyak kali," kongsi pekerja tersebut.

Justeru individu itu kurang bersetuju dengan rancangan pasangan tersebut untuk menambah komitmen kewangan semata-mata mahu menyediakan motosikal kepada anak mereka.

Baginya, ibu bapa perlu mempertimbangkan kemampuan kewangan dan keperluan sebenar sebelum membuat pinjaman atau menambah hutang dalam keluarga.

"Tak tahu apa mereka fikir. Hanya tahu jom berhutang bagi anak motosikal," katanya.

  • Remaja Tingkatan Tiga dikatakan enggan ke sekolah kerana malu dihantar ibunya.
  • Ibunya mahu membeli Yamaha 15ZR atau YSuku untuk kegunaan anak.
  • Pekerja HR mendakwa gaji bersih bapa remaja itu hanya sekitar RM120.
  • HR kurang bersetuju keluarga tersebut menambah komitmen kewangan untuk membeli motosikal.
  • Netizen berpendapat ibu bapa tidak seharusnya terlalu mengikut kehendak anak.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang.

"Mak pun ikut sangat permintaan anak tu. Kita dulu lagi suka mak ayah yang hantar dan ambil kat sekolah.

"Budak-budak sekarang ni lebih kepada nak menunjuk kepada kawan-kawan yang dia ada motosikal," komen warga maya.

Artikel Lain