SETIAP syarikat menyediakan pelbagai kemudahan dan manfaat buat kakitangannya, termasuklah pemberian komputer riba atau laptop.
Bagi sesetengah pekerja, pemberian peranti elektronik tersebut dilihat sebagai satu kelebihan kerana ia akan memudahkan tugasan dan lebih fleksibel.
Namun berbeza pula buat individu ini yang berpandangan pemberian laptop sebenarnya menghadirkan bebanan tugas berlebihan buat seseorang pekerja, sebagaimana pengalaman yang dialaminya sendiri.
Bebanan kerja yang banyak adakalanya menyebabkan seseorang terpaksa menyiapkannya di rumah. -Gambar hiasan AI
"Company aku sekarang buat aku sedar, bahawa company yang beri laptop berbanding komputer dekat office ni adalah red flag.
"Beban kerjanya sangat teruk, tak pernah habis, dan sentiasa bertambah. Mereka macam expect kita bersedia bekerja 24/7, walaupun ketika cuti," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu
ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak cari duit bantu ibu, wanita cuba bertahan kerja dengan bos toksik - “Sangat penat... terlalu menekan jiwa”
Menurut individu tersebut, dia pada mulanya gembira apabila diberikan laptop namun lama-kelamaan sedar selepas bebanan kerja semakin bertambah hingga adakalanya perlu disiapkan di rumah.
"Mereka beri kepada saya kerana mereka tahu beban kerja saya terlalu banyak untuk disiapkan seorang diri dalam lapan jam.
"Daripada menggaji kakitangan tambahan, laptop membuatkan lebih mudah untuk saya membawa kerja pulang ke rumah.
Seorang individu berpendapat pemberian laptop oleh syarikat bukanlah satu kelebihan, sebaliknya membebankan.
Dia mendakwa beban tugasnya bertambah kerana terpaksa membawa pulang laptop dan menyiapkan kerja di rumah.
Ujarnya, syarikatnya lebih suka membebankan pekerja berbanding menggaji kakitangan baharu.
Hampir semua bidang tugas terpaksa dipikulnya seorang diri namun tuntutan kerja lebih masa (OT) pula dipersoalkan.
Netizen menasihatkannya supaya menetapkan sempadan kerja atau berhenti sebelum terus menjadi mangsa buli syarikat.
"Saya buat semua kerja. Daripada pengurusan pejabat, dokumentasi, jualan, pemasaran, sumber manusia, akaun, logistik, malah menjadi pembantu peribadi kepada pengurus. Apa-apa kerja pun, sebut saja, memang saya yang buat," luahnya.
Namun apa yang lebih mengecewakan, individu tersebut berkata, pihak syarikat seolah-olah tidak menghargai usaha yang dicurahkan, malah mempertikaikan apabila dia membuat tuntutan kerja lebih masa.
Perkongsian individu itu mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya menyarankan supaya dia 'angkat kaki' atau menetapkan sempadan agar tidak terus menjadi mangsa buli syarikat.

Reaksi netizen terhadap perkongsian individu tersebut.
"Tetapkan sempadan yang jelas, sis. Kalau mereka persoalkan, beritahu saja awak bekerja berdasarkan jumlah jam yang dibayar.
"Saya masuk kerja terus minta komputer, cakap tak nak laptop sebab tulisan kecil padahal tak nak angkut laptop balik rumah.
"Elok je bagi laptop. Nak balik, simpan la dalam laci meja... kenapa nak bawa? Benda boleh simpan dekat office," komen netizen.


