MENERIMA barang permainan rosak dan pakaian bayi yang sudah bertahi lalat membuatkan wanita ini mempersoalkan niat bersedekah segelintir individu.
"Apa niat orang bersedekah barang-barang bayi ya? Betul-betul nak sedekah atau nak buang sampah," ajunya ringkas di Thread.
Berkongsi pengalaman menerima barang keperluan bayi yang disedekahkan saudara-mara, dia berkata kebanyakannya dibungkus di dalam plastik sampah.
"Aku ni menunggu hari, jadi apabila orang tahu aku hamil memang ramailah kaum kerabat yang bagi barang mereka dekat aku.

Kebanyakan ibu akan menyimpan pakaian bayi untuk kegunaan akan datang. -Gambar hiasan
"Aku paling benci apabila orang bagi alasan... dah tak pakai, tu yang nak sedekah je.
"Bayangkan, aku balik rumah mentua. Aku dapat berbungkus-bungkus barang dalam plastik sampah dan apabila aku sort barang dengan suami, menyengat bau barang lama," luahnya sayu.
Meskipun perasaan kecewa sudah menyelubungi diri, namun dia dan suami tetap 'menyelam' bungkusan barang bayi yang diberikan.
Namun malangnya, dia terkilan apabila mengetahui kebanyakan baju-baju yang diterima sudah koyak dan bertahi lalat.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa menagih baju anak aku?” - Wanita bengang mentua desak bagi pakaian bayi cantik-cantik pada adik ipar
ARTIKEL BERKAITAN: Larang sedekah barang bayi, suruh buang semua! Wanita baru kematian anak sedih dapat ibu kolot, percaya benda tahyul
Malah katanya, peralatan dan barang permainan bayi juga sudah rosak serta tidak boleh digunakan lagi.
"Aku nampak carrier, tapi satu tali dah tak ada, tahi lalat penuh.
"Buka satu lagi plastik yang ada baju dan kerusi makan bayi... pun bertahi lalat dan kerusi tu dah patah.
"Bungkusan seterusnya ada pam susu tapi ada kotoran melekat yang dah kering," luah wanita itu penuh kecewa.
- Wanita kecewa terima barang bayi rosak, kotor dan berbau busuk daripada sedekah saudara mara.
- Pakaian dan mainan bayi banyak koyak, bertahi lalat, tak boleh guna semula.
- Walau kecewa, dia dan suami tetap cuba sortir barang sebelum membuang yang tak boleh guna.
- Tegur pentingnya niat dan memastikan barangan sedekah bersih serta berkualiti.
- Netizen sokong, kata sedekah patut beri barang baik, bukan buang sampah pada orang lain.
Selepas mendapati kesemua barangan dan pakaian tersebut tidak boleh digunakan, dia kemudiannya meminta izin suami untuk membuangnya.
Baginya, dia bukanlah tidak bersyukur dengan pemberian orang kerana turut memakai pakaian yang diberikan biras.
Namun katanya, barang yang ingin diberikan perlulah dalam keadaan baik dan bersih.
"Kalau kita ada niat nak memberi barang, pastikan keadaannya baik... nak bagi baju, basuh semula baju tu dan periksa barang dulu.

Antara reaksi warga maya di hantarannya.
"Kita niat nak sedekah tu biarlah sampai dapat pahala.
"Dua-dua pihak gembira, bukan kita je syok sendiri clear sampah kita," tambahnya lagi.
Hantarannya itu mengundang reaksi bercampur baur daripada netizen, dengan ramai yang bersetuju bahawa niat pemberi adalah penting selain memastikan barangan yang disedekahkan berkualiti dan bersih.
"Mak saya ajar nak sedekahkan kena bagi barang yang kita sayang bukan yang kita tidak mahu.
"Pernah kena situasi awak alami tu, kakak ipar bagi stroller dan walker bayi tapi dah kotor sangat.
"Maaf cakap, saya lagi banyak buang daripada sedekah sebab tak sampai hati nak bagi orang walau ada cacat sikit je," demikian reaksi netizen.


