suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dalam pantang naik teksi bawa bayi ke KK, muka pucat tak sempat makan... Tindakan jururawat buat ramai puji

Wanita berdepan cabaran apabila terpaksa menguruskan anak sendirian tanpa suami. -Gambar hiasan AI

WANITA yang baru melahirkan anak bukan sahaja perlu mendapatkan rehat mencukupi malah mereka juga pastinya memerlukan sokongan daripada suami.

Dalam tempoh itu, suami perlu memainkan peranan agar isteri dapat melalui proses pemulihan tanpa menanggung semua beban sendirian.

Namun, lain pula situasinya melibatkan wanita ini apabila dia terpaksa membawa bayinya yang baru dilahirkan ke sebuah klinik kesihatan (KK) tanpa ditemani suami. 

Wanita melalui proses pemulihan yang panjang selepas melahirkan anak. -Gambar hiasan AI

Kisah mengenai wanita itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang saksi yang turut berada di premis kesihatan berkenaan pada Khamis.

"Tadi ada ibu baru lepas bersalin datang KK untuk check up baby naik Grab. Bila tanya mana suami, katanya suami pergi kerja. Nurse tegur muka si ibu nampak pucat. 

"Wanita itu kata dia belum makan dari pagi. Masa tu dah pukul 3 petang. Baby pun last menyusu pukul 11 pagi. Rupanya dah tak ada susu. Kesian ibu dan baby lapar.

  • Kisah seorang wanita bawa bayi tanpa suami ke KK raih perhatian ramai.
  • Saksi sedih lihat wanita itu terkontang-kanting sendirian dengan wajah pucat.
  • Selepas ditanya jururawat, dia mengaku belum makan dari pagi hingga petang.
  • Jururawat turut membantu menyusukan bayinya yang sudah beberapa jam kelaparan.

"Saya nampak nurse bagi biskut dekat si ibu. Kemudian nurse tu offer untuk tolong susukan baby. Sedih tengok ibu. Hati nurse tu pun sangat mulia," kongsi individu itu di Threads.

Di ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan ketiadaan suami wanita itu sehingga dia terpaksa bersendirian ke KK.

Pada masa sama, pelayar Threads turut menitipkan doa agar wanita itu tabah dan kuat dalam menjalani proses pemulihan selepas melahirkan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tengah berpantang turun dari tingkat 3 ambil barang, siap gendong bayi... Gara-gara rider malas naik tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pelik anak jiran nak ‘healing’ lepas berpantang, tergamak tinggal bayi 46 hari dengan nenek

"Rasa sedih baca pasal ibu dan anak. Pada masa sama, rasa baran baca fasal suaminya. Tak salah kerja dan cari rezeki, tapi tolonglah isteri dalam pantang.

"Kepada para ibu, tolonglah jaga kesihatan diri. Saya tahu susah bila pertama kali bergelar ibu. Tapi tolonglah makan, biar ada tenaga.

"Ya Allah, sedihnya. Tengah pantang ni memanglah mencabar. Semoga Allah permudah urusan si ibu dan bayinya," tulis netizen.

Artikel Lain