SEORANG guru tidak dapat menahan sebak apabila mendapati muridnya masih belum mengenal huruf hijaiyah meskipun sudah berada di peringkat satu Iqra.Lebih menyentuh hati, kanak-kanak berkenaan dipercayai tidak pernah mendapat bimbingan membaca al-Quran mahupun diajar mendirikan solat ketika berada di rumah. Cerita wanita ini, dia pada awalnya berasa terkejut dan sayu apabila murid terbabit tampil meminta maaf kepadanya kerana masih tidak pandai membaca Iqra."Semalam saya tahan sebak apabila anak murid minta maaf sebab dia tak pandai baca Iqra. Dia masih lupa huruf hijaiyah dan masih tersekat-sekat dekat Iqra satu.Guru bertindak memberi tunjuk ajar kepada setiap muridnya. -Gambar hiasan AI"Saya pujuk dan cakap, nanti dekat rumah baca dengan ibu ayah ya," kongsinya di Thread.Nasihat diberikan itu bagaimanapun mendedahkan sisi gelap kehidupan keluarga kanak-kanak tersebut susulan jawapan yang diterima.Mana tidaknya, murid terbabit mengakui bahawa dia tidak diajar oleh ibu bapanya."Kemudian dia jawab, tapi dekat rumah ibu ayah tak ajar. Solat pun tak pernah. Cikgu ajar saya sampai pandai ya," tambahnya.Seorang guru sebak apabila muridnya meminta maaf kerana masih belum pandai membaca Iqra’ dan sering terlupa huruf hijaiyah.Guru berkenaan menasihati murid itu supaya berlatih membaca bersama ibu bapanya.Kanak-kanak tersebut mendakwa ibu bapanya tidak pernah mendirikan solat.Guru berkenaan berjanji akan terus membimbing murid tersebut.Kisah itu mengundang rasa simpati netizen yang mengingatkan ibu bapa agar tidak menyerahkan sepenuhnya pendidikan agama anak-anak kepada guru.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut guru itu, luahan polos berkenaan membuatkan hatinya tersentuh, malah berjanji akan terus membimbing murid tersebut sehingga mampu membaca dengan baik.Dalam masa sama, dia turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak tentang ilmu agama dan fardu ain kepada guru semata-mata."Ibu ayah tolonglah solat, kesian dekat anak-anak, bantu anak kenal Allah," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak sedih tiada didikan agama, kesal dapat ibu bapa tak pernah solat - "Hidup aku sengsara jadi anak mak dan abah"ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah tak ajar, harapkan sekolah semata-mata... Guru dedah ramai pelajar tak tahu solat! Risau fikir masa depan negaraPerkongsian tersebut secara tidak langsung membuka mata ramai mengenai pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membentuk asas keagamaan anak-anak sejak kecil."Sedihkan, mereka tahu betul dan salah tapi tiada upaya nak bercakap pada keluarga tentang pentingnya solat dan mengaji."Besarnya peranan cikgu apabila ada anak yang memang perlukan tempat belajar dari asas."Sedihkan apabila anak-anak datang cakap macam ni... Walaupun saya bukan cikgu tapi saya faham perasaan itu," demikian reaksi netizen.