suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak andam beri amaran, bahaya menanti jika bakal pengantin kongsi gambar busana nikah di media sosial - “Penyakit ain itu wujud”

Bakal pengantin pastinya teruja memilih busana yang bakal digayakan mereka. -Gambar hiasan AI

PENYAKIT ain sering dikaitkan dengan pandangan mata yang disertai rasa kagum, iri hati atau perasaan tertentu terhadap sesuatu dimiliki seseorang.

Kebiasaannya, ramai ibu bapa memilih untuk tidak mendedahkan wajah bayi mereka di media sosial kerana bimbang si cilik itu boleh terkena penyakit ain.

Seorang pengusaha butik pengantin meraih perhatian ramai selepas mendakwa tindakan mendedahkan busana kahwin juga boleh mengundang penyakit sama.

Tidak mustahil ada yang kurang senang melihat kita tersenyum manis di hari bahagia. -Gambar hiasan AI

"Setiap kali bakal pengantin ambil baju, saya tak pernah lupa untuk pesan. Saya kata jangan kongsi gambar baju dekat status (media sosial).

"Jangan tunjuk dekat ramai orang. Cukuplah hanya keluarga atau sahabat rapat saja. Sesungguhnya penyakit ain itu wujud.

"Saya dah hadapi beberapa pengalaman berkaitan penyakit ain pada baju," tulis wanita itu menerusi aplikasi Threads.

  • Pengusaha butik pengantin tular selepas kongsi amaran tentang penyakit ain.
  • Dia minta bakal pengantin tidak berkongsi foto busana nikah di media sosial.
  • Dia berkata perkongsian berkenaan boleh mengundang penyakit ain buat pengantin.
  • Ramai netizen turut bersetuju dan berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Menurut wanita itu, dia sekadar mahu berkongsi pesanan kepada orang ramai memandangkan dirinya berpengalaman 20 tahun dalam bidang berkenaan.

Perkongsian wanita itu bukan sahaja menerima hampir 13,000 tanda suka (likes), malah turut dihujani ratusan komen netizen.

Malah, rata-rata pelayat Threads turut bersetuju dengan pesanan yang disampaikan oleh wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang suara buat ‘live’, setahun derita masalah telinga dan tekak... Menyesal tayang hasil affiliate, rupanya terkena penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah kerap kongsi kehidupan di Turkiye, wanita dituduh sengaja menunjuk-nunjuk... Siap ingatkan tentang penyakit ain

"Setiap kali kongsi pencapaian dekat media sosial, tak lama lepas tu mesti ada benda buruk. Saya pernah post tentang beli kereta untuk mak ayah. Sebulan kemudian mereka kemalangan.

"Betul tu. Lagi-lagi perkara yang belum jadi. Tak elok post di media sosial. Sebab tak tahu apa akan jadi.

"Saya percaya. Setiap kali post tentang anak, mesti anak tak sihat. Kalau post tentang suami, mesti macam ada benda tak best berlaku antara kami," kata netizen.

Artikel Lain