suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat hospital sengaja ‘skip’ giliran wanita bertudung labuh, panggil jumpa doktor lepas dua jam setengah tunggu!

Kebaikan dan keprihatinan yang ditunjukkan tidak akan mudah dilupakan. -Gambar hiasan AI

TEMPOH menunggu lama di hospital sememangnya boleh menguji kesabaran pesakit, terutama apabila terpaksa menanti berjam-jam sebelum mendapat rawatan.

Namun, bagi seorang lelaki, penantian hampir dua jam setengah bersama isteri di Hospital Sungai Buloh, Selangor rupa-rupanya menyimpan hikmah yang cukup indah.

Menurut lelaki itu, pada awalnya dia juga tertanya-tanya mengapa masa yang diambil untuk pemeriksaan terhadap isterinya terlalu lama berbanding pesakit lain.

Pesakit wanita lebih selesa mendapat rawatan daripada doktor wanita. -Gambar hiasan AI

Pesakit wanita lebih selesa mendapat rawatan daripada doktor wanita. -Gambar hiasan AI

"Lepas siap, jururawat minta maaf dekat isteri. Dia cakap... maaf puan sebab lambat, doktor perempuan tak ramai. 

"Walaupun dah sampai giliran awak, saya tak panggil lagi sebab doktor lelaki yang jaga. Apabila doktor perempuan ada baru saya panggil awak," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ponteng sekolah sebab bangun lewat, ibu tak tahu malu minta MC sampai dua hari! Doktor kecewa anak diajar menipu

ARTIKEL BERKAITAN: bu hamil titip doa kepada doktor lelaki, sedih sangat dituduh sengaja guna alasan ‘cramp’ untuk dapat MC!

Tersentuh dengan penjelasan itu, isterinya bertanyakan dengan lebih lanjut punca jururawat terbabit sanggup berusaha sedemikian rupa.

"Saya nampak puan bertudung labuh dan suami pakai kopiah. Pasti puan betul-betul jaga aurat dan tak mahu aurat dilihat lelaki bukan mahram walaupun untuk tujuan berubat.

"Selagi masih ada pilihan doktor, itu sahaja yang saya mampu buat untuk puan," katanya lagi.

Perkongsian itu ternyata menyentuh hati pasangan berkenaan yang sebelum itu turut berdoa agar isterinya dapat diperiksa oleh doktor wanita.

Isterinya kemudian mengucapkan terima kasih kepada jururawat tersebut kerana memahami prinsip yang dipegang mereka.

"Alhamdulillah, terima kasih jururawat Hospital Sungai Buloh, masih lagi ada yang cakna tentang aurat," kata lelaki itu.

  • Hampir dua jam setengah menunggu demi doktor wanita.
  • Jururawat prihatin dengan soal aurat pesakit.
  • Suami tersentuh dengan tindakan jururawat.
  • Pasangan itu bersyukur dapat doktor wanita.
  • Netizen puji keprihatinan jururawat tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersyukur dengan sikap jururawat terbabit dalam menitik berat aurat pesakit.

"Nampak macam mudah apa yang jururawat tu buat, tapi hikmah diperolehi besar. 

"Betul, dengan pakaian pun orang boleh hormat kita. Hikmah menjaga aurat," komen warga maya.

Artikel Lain