PERLAKUAN mesra secara berlebihan di tempat awam kini seolah-olah menjadi kebiasaan baharu dalam kalangan sesetengah remaja apabila sifat malu dan segan semakin hari makin terhakis.Kecewa dengan situasi itu, seorang wanita meluahkan rasa berang selepas mendakwa terserempak dengan sepasang remaja sedang berpelukan dan bercium pipi ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Perlis. Menurut wanita itu, dia pada mulanya mahu mengabaikan perkara tersebut, namun mengambil keputusan menegur pasangan berkenaan kerana bimbang tingkah laku sedemikian dianggap sebagai perkara normal oleh generasi muda.Tidak salah untuk berkawan berlainan jantina tetapi jangan sampai melanggar batas. -Gambar hiasan AI"Mereka dengan tak malunya bercium-ciuman kat bahagian rak. Mula-mula nak buat tak tahu tapi teringat ada anak saudara sebaya mereka terus aku tegur."Aku tanya budak perempuan tu... berapa lelaki tu bayar kat awak sampai awak bagi dia cium macam tu sekali? Ya Allah kat situ juga aku ceramah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Takut anak jatuh sakit, ibu letak notis larangan cium bayi... Risau majlis ‘mega’ 400 jemputan jadi medan sebar virusARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum solat kena cium dinding?” - Jemaah wanita tunjuk perangai selekeh, dinding masjid penuh kesan lipstikTegasnya, dia berasa sedih memikirkan kemungkinan anak-anak muda lain turut melakukan perkara sama di belakang keluarga masing-masing."Aku membayangkan anak-anak buah buat benda macam ni di belakang kami. Aku kat Perlis bukan London, New York yang yang normalisasikan budaya cium peluk macam tu."Aku tanya dia tak rasa malu ke bercium macam ni depan orang? Aku tanya lelaki tu tak malu ke bawa anak dara dan buat macam ni depan orang?," katanya.Tambah wanita itu lagi, keprihatinan orang sekeliling amat penting dalam menegur serta memberi kesedaran kepada golongan remaja agar mereka faham batas pergaulan dan tidak melampaui batas.Wanita tegur pasangan remaja bercium di pusat beli-belah.Teringat anak saudara, wanita beranikan diri menegur.Wanita bimbang perbuatan itu dianggap perkara normal.Netizen puji keberanian wanita menegur pasangan terbabit.“Malu pada orang, malu pada Allah,” pesannya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Semoga kamu berdua ingat apa yang aku cakap. Malu pada orang, malu pada Allah dan kasihan pada mak ayah kamu."Mungkin sekarang darah muda rasa bahagia dan disayangi, tetapi selepas 10 tahun mungkin kamu akan menyesal," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berterima kasih dengan tindakan wanita berkenaan yang berusaha menghalang perkara mungkar terus berlaku."Alhamdulillah tahniah , terima kasih sebab berani mencegah kemungkaran terutama di tempat awam sebab tak semua orang berani dan ambil berat."Tindakan kak betul dan tiada salah. Kesalahan tempat awam, maka kena tegur sebelum segalanya dinormalisasikan," komen warga maya.