suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu tadbir rebah di riba lelaki pemangsa nafsu, terpaksa jual harga diri demi duit! - “Waktu itu adik-beradik kelaparan”

Ada wanita yang terpaksa menggadaikan maruah demi mendapatkan wang. -Gambar hiasan AI

KEMISKINAN dan kesempitan hidup yang mendesak menyebabkan segelintir individu terpaksa melakukan perkara di luar jangkaan akal demi mencari sesuap nasi.

Terbaharu, tular perkongsian menyayat hati seorang wanita di aplikasi Threads yang mengimbas kembali detik terhitam dalam hidupnya apabila terpaksa menggadaikan maruah demi mencari wang segera buat keluarganya.

"Tak payah ajar aku erti sabar. Bertahun aku hidup, aku jaga diri. Tapi 31 Mei 2026, akhirnya aku jatuh juga. Aku buat keputusan jual diri sendiri.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Pengakuan berani seorang wanita meraih perhatian ramai di aplikasi Threads. -Gambar hiasan

"Itulah pertama kali, sampai dua orang (pelanggan) dalam hari yang sama. Waktu itu adik-beradik aku semua kepanasan dekat rumah. Elektrik kena potong dan mereka kelaparan.

"Gaji aku dah habis, aku macam pengemis pinjam duit orang. Mak aku pun tak ramai kawan. Akhirnya aku jual diri. Mental aku dah hancur sejak umur 12 tahun," tulis wanita itu.

Luahan tersebut nyata mengejutkan ramai, terutamanya apabila wanita itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya mempunyai pekerjaan tetap serta ikhtiar sampingan, namun bebanan hidup masih terlalu berat untuk dipikul.

  • Wanita tular selepas kongsi kisahnya yang terpaksa melacur pada Mei lalu disebabkan kesempitan hidup.
  • Dia terpaksa melacur selepas elektrik rumahnya dipotong, malah adik-beradiknyanya kelaparan tanpa makanan.
  • Lebih menyedihkan, wanita itu berkata dia terpaksa melayan dua lelaki pada hari pertama melakukan kerja berkenaan.
  • Ramai netizen beri kata-kata semangat dan titip doa agar dia berubah serta cari jalan lain untuk tambah pendapatannya.

"Sebenarnya aku kerja pejabat sebagai pembantu pentadbir. Pada masa sama, aku berniaga di rumah dan promosi di media sosial.

"Tapi kadangkala ada titik terendah, aku terdesak dan terpaksa. Tak ada jalan lain," tulis wanita itu lagi dalam hantaran di aplikasi Threads.

Di ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen positif dan mendoakan agar wanita itu dapat mencari alternatif lain untuk menambah pendapatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih setia dibalas luka... Gadis menyesal beria jaga teman lelaki di hospital, kantoi layan akaun ‘darkside’ sebelum terlantar

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki lulusan agama di Jordan kantoi ada akaun ‘dark side’, aktif rakam aktiviti persundalan rentas jantina!

"Dah baca semua cerita kau. Serba salah hidup kau dik. Ayah tak berguna, mak pun sama. Kesian anak-anak jadi mangsa. Moga Allah hantar seseorang untuk bawa kau keluar dari dunia gelap ini.

"Saya tak mampu cakap banyak. Pastikan itu kali terakhir kamu melacur. Kerapkan solat taubat. Lepas ni, usaha sebaik mungkin cari rezeki halal. Moga Allah ampunkan dan murahkan rezeki kamu," tulis netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan melacur adalah haram di sisi agama Islam dan semua orang perlu menjauhinya.

Artikel Lain