Sikap suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang dapat mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan bahagia. -Gambar hiasan AI
DEFINISI kebahagiaan dalam rumah tangga berbeza bagi setiap pasangan.Ada beranggapan kemewahan sebagai ukuran, namun bagi sesetengah pasangan, rasa dihargai, tanggungjawab dan kesetiaan menjadi perkara yang jauh lebih bermakna. Begitulah kisah sepasang suami isteri yang sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga, namun tetap hidup bahagia meskipun tidak semewah pasangan lain dan belum dikurniakan cahaya mata.Kisah pasangan itu dikongsikan seorang individu di Threads yang kagum melihat cara abang iparnya melayan kakaknya seperti seorang permaisuri.Komunikasi yang baik antara pasangan dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana rumah tangga yang penuh kasih sayang. -Gambar hiasan AI"Abang ipar saya gaji dia kecil sangat, bawah RM3,000. Kakak saya tak bekerja walaupun ada ijazah."Tapi dia sangat-sangat 'meratukan' kakak saya sebab dia sangat kaya agama dan kaya tanggungjawabnya," tulisnya.Menurut individu itu, abang iparnya bijak mengurus kewangan dan kehidupan rumah tangga sehingga masih mampu membawa kakaknya melancong serta menunaikan ibadah haji."Bahasa mudahnya, abang ipar saya menggunakan sembilan akal fikirannya. Dengan izin Allah, setiap bulan mereka dapat pergi melancong, pergi haji dan makan semewahnya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘house husband’ tapi rumah bersepah, anak tak mandi... Isteri balik kerja pula kena buat semua - “Tunggu bini suap duit”ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan keluar kerja, rupanya melepak! Tembelang suami rider pecah selepas isteri periksa telefon - “Kau ingat aku bodoh ke?”Lebih menyentuh hati, abang iparnya juga tidak pernah membebankan kakaknya, malah sanggup membantu melangsaikan hutang pinjaman pelajaran serta pinjaman kereta wanita tersebut."Matematik Allah tak sama dengan matematik manusia jika kita faham tanggungjawab kita,” katanya.Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang melihat kisah berkenaan sebagai contoh bahawa kebahagiaan rumah tangga tidak semestinya bergantung kepada jumlah pendapatan atau kemewahan semata-mata.Seorang individu berkongsi kisah rumah tangga kakaknya yang sudah 14 tahun berkahwin dan tetap bahagia walaupun belum dikurniakan anak.Abang iparnya bergaji bawah RM3,000, manakala kakaknya tidak bekerja walaupun memiliki ijazah.Menurutnya, abang ipar sangat menghargai dan menjaga kakaknya serta bijak mengurus kewangan keluarga.Lelaki itu turut membayar hutang pinjaman pelajaran dan kereta isterinya, selain membawa kakaknya melancong dan menunaikan haji.Perkongsian itu mengundang pujian netizen yang menyifatkan kaya tanggungjawab lebih penting daripada kaya wang dalam membina rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sebab itu rezeki apa semua kena letak percaya pada Allah."Kadang kita sibuk cari pasangan kaya duit. Rupanya yang paling mahal, lelaki yang kaya tanggungjawab."Kalaulah semua suami dapat melakukan yang terbaik untuk isteri dan keluarga mereka, pasti aman rumah tangga," demikian antara komen netizen.