Hubungan rakan sekerja sewajarnya kekal profesional agar tidak menimbulkan konflik yang boleh menjejaskan keharmonian serta produktiviti di tempat kerja. -Gambar hiasan AI
KETULUSAN hati seorang suami membantu menghantar pulang pelatih industri (intern) yang tidak mempunyai pengangkutan hampir memusnahkan keharmonian rumah tangganya sendiri.Kejadian yang berlaku ketika si isteri sedang sarat mengandungkan anak mereka di kampung itu terbongkar selepas satu mesej daripada ibu gadis berkenaan ditemukan dalam telefon bimbit suaminya. Menurut wanita terbabit, suaminya mengambil keputusan menumpangkan pelatih berkenaan memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama dan menggunakan laluan serupa untuk pulang."Suami pernah tumpangkan budak intern tempat dia kerja... alasan sebab tak ada transport, satu laluan kerja... waktu tu saya di kampung."Kantoi... nak tahu macam mana? Mak budak tu WhatsApp ucap terima kasih sebab tumpangkan anak dia balik," tulisnya dalam satu luahan di media sosial.Kejujuran merupakan kunci penting dalam hubungan rumah tangga bagi mengelakkan salah faham pasangan dan mengekalkan kepercayaan dalam perkahwinan. -Gambar hiasan AILebih mencurigakan, ibu kepada pelatih berkenaan bukan sahaja mengucapkan terima kasih, malah selamba meminta suami wanita itu terus menumpangkan anaknya pada masa akan datang."Sekejap saja Allah nak tunjuk. Suami saya tak sempat padam WhatsApp dengan mak budak itu," katanya dalam perkongsian tersebut.Menurutnya, suaminya turut membalas mesej berkenaan dan memberitahu ibu pelatih tersebut bahawa dia sudah mempunyai isteri.ARTIKEL BERKAITAN: Hati isteri membara dengar suara gedik rakan sekerja suami, keluar berdua konon beli barang pejabat - “Memang cari fasal!”ARTIKEL BERKAITAN: Penat jaga kesucian diri, isteri kecewa suami hilang teruna dengan wanita lain - “Sakit hati bila teringat”Bagaimanapun, katanya, ibu pelatih terbabit masih meneruskan perbualan dan didakwa mengajak suaminya datang makan di rumah.Tegasnya, dia tidak menafikan suaminya turut bersalah dalam hal ini kerana terlalu 'lurus' dan berhati lembut sehingga memberi ruang kepada orang luar untuk mengambil kesempatan. "Alasan dia tumpangkan perempuan bodoh tu sebab tak ada duit nak naik e-hailing. Orang tempat kerja dia yang suruh laki aku tumpangkan sebab satu arah."Laki aku pula tak reti nak menolak, iyalah baik hati. Memang aku dendam sampai mati orang yang kerja sekali dengan laki aku tu. Tak sedar diri," luahnya.Seorang wanita mendakwa suaminya pernah menumpangkan seorang pelatih industri pulang kerana mereka melalui laluan yang sama.Perkara itu terbongkar selepas ibu pelatih tersebut menghantar WhatsApp kepada suaminya untuk mengucapkan terima kasih.Ibu pelatih berkenaan turut meminta bantuan suaminya untuk menumpangkan anaknya lagi pada masa akan datang.Wanita itu mendakwa suaminya terlalu baik dan sukar menolak permintaan orang lain, selain kejadian berlaku ketika dia sedang hamil.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan supaya batas pergaulan dengan pasangan orang lain sentiasa dijaga.Ringkasan ini dijana oleh AIWalaupun kejadian itu sudah berlalu, wanita berkenaan mengakui perkara tersebut meninggalkan kesan terhadap dirinya, terutama kerana berlaku ketika dia sedang mengandung.Perkongsian itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang berpendapat soal batas pergaulan dan komunikasi antara lelaki serta wanita perlu dijaga, khususnya apabila melibatkan individu yang sudah berumah tangga."Orang zaman sekarang, jangan bagi peluang. Dalam kereta macam-macam boleh jadi."Perempuan yang minta tumpang laki orang ni memang tak tahu malu. Walaupun urusan kerja."Kadang-kadang bermula dari tumpang menumpang ni, berakhir dengan take over," demikian antara komen netizen.