suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau talak di tangan aku!” - Wanita ikrar mahu suami menduda, perit ditindas lelaki miskin tak kenang budi

Masalah kewangan boleh menggugat keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SIKAP bertolak ansur dan toleransi amat penting dalam rumah tangga, terutamanya apabila ia mula menyentuh bab pengurusan kewangan.

Jika tidak diurus dengan baik, masalah kewangan boleh mencetuskan pertelingkahan sehingga menggugat keharmonian dan hubungan suami isteri.

Seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang suaminya yang tidak tahu bersyukur walaupun sudah dibantu setiap bulan.

Suami isteri perlu saling membantu antara satu sama lain. -Gambar hiasan

"Tiap bulan bini tolong dahulukan bayar komitmen sebab gaji suami lambat. Tapi sampai masa nak minta balik, mesti dia asyik cakap bini suka minta duit. Padahal tu hak isteri.

"Kalau tak mahu semak kepala, bayarlah komitmen sendiri. Tak payah minta bini dahulukan. Orang pun nak pakai duit juga. Bini dah tolong, dia naik 'lemak' pula," ujarya.

Dalam luahan di aplikasi Threads, wanita itu berkata dia terdetik untuk berpisah kerana geram dengan sikap suaminya yang semakin menjadi-jadi.

  • Wanita kongsi cerita tentang suaminya yang sering lambat terima gaji.
  • Akibatnya, wanita itu terpaksa dahulukan wang untuk bayar komitmen.
  • Wanita itu bengang kerana suaminya tidak bersyukur dengan bantuannya.
  • Dia mendakwa suaminya juga liat setiap kali diminta membayar semula wangnya.

"Apabila dia dah pulangkan duit, dia cakap kita tak reti berterima kasih pula. Patutnya dia yang kena ucap terima kasih. 

"Suami jenis tak reti bersyukur. Kalau talak atas tangan aku, dah lama aku ceraikan kau," tulis wanita itu.

Di ruangan komen, ramai kaum Hawa meninggalkan kata-kata sokongan buat wanita itu agar dia tabah mengharungi kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM4,500 terus junam jadi RM1,700! Wanita dakwa suami ‘dihukum’ majikan zalim, upah dipotong lepas EL jaga anak sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM400, suami turuti permintaan bapa nak makan di restoran... Beri RM300 sebelum balik - "Susu, lampin tak beli lagi"

Netizen turut memberi saranan kepada wanita itu agar dia tidak terlalu memberi muka kepada suaminya.

"Jangan tolong bayarkan apa-apa komitmen walaupun gaji suami lambat. Biar je tertunggak. Pandai-pandai la dia fikir.

"Perangai lelaki biawak memang macam tu. Dia pergunakan isteri untuk langsaikan komitmen dulu," tulis netizen.

Artikel Lain