Hubungan kurang mesra antara isteri dan ibu mentua antara isu lazim dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
ENTAH di mana silapnya, ramai wanita berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan ibu mentua sehingga timbul pelbagai isu dan konflik antara mereka.Seorang wanita meraih perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi satu pandangan kontroversi tentang isu melibatkan keluarga mentua. Menurut wanita itu, kehidupan golongan isteri pastinya akan menjadi lebih tenang jika mereka dan pasangan menjauhkan diri daripada keluarga mentua.Dikurniakan ibu mentua yang baik juga merupakan satu rezeki buat wanita. -Gambar hiasan AI"Ini nasihat seorang isteri untuk isteri-isteri lain. Normalize untuk jauhkan suami anda daripada keluarga dan ibunya. Dengan cara ini, dunia akan aman. "Suami adalah milik kita. Orang tuanya harus putus hubungan dengan anaknya. Selepas kahwin, dia bukan lagi hak milik mak ayah. Tapi dia hak milik isteri," tulisnya.Hantaran yang dimuat naik di aplikasi X itu mengundang ratusan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan.Seorang wanita tular selepas kongsi pandangan kontroversi tentang mentua di laman X.Dia minta jauhkan suami daripada keluarga mentua jika mahu menjalani kehidupan yang tenang.Wanita itu berkata suami bukan lagi hak milik ibu bapanya selepas mereka mendirikan rumah tangga.Ramai netizen luah rasa marah dan tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan wanita itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Suami ada tanggungjawab ke atas ibu bapanya selagi mereka hidup. Isteri kena tahu dan patuh. Jangan hasut perkara yang berlawanan dengan tuntutan agama."Kau pun bila-bila boleh kena cerai. Janganlah buat perangai macam ni. Kalau bini aku macam ni, memang kena cerai," tulis netizen.Pada masa sama, ramai pelayar X turut menyelar wanita itu dan mendoakan agar dia diberi ujian yang dapat membuka matanya satu hari nanti.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantuARTIKEL BERKAITAN: Disangka poket tebal, mentua asyik bagi ‘link’ TikTok lokasi bercuti... Teringin nak suruh anak menantu belanja makan angin"Suami bukan hak milik mutlak seorang isteri. Bayangkan anak lelaki awak buat macam ni. Lepas kahwin, lesap ikut bini. Awak gembira ke?"Bodoh sangat ni. Sebelum berkata-kata, kau tak fikir ke kalau anak lelaki kau buat benda sama nanti?"Sekarang bolehlah cakap macam ni. Nanti anak jantan kau kahwin, masa tu baru kau tahu," tulis netizen lagi.