BOLEH dikatakan ramai golongan suami tidak akan sesekali masuk ke kedai pakaian dalam wanita untuk menemani isteri kerana beranggapan ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa pelanggan lain.Namun menurut cerita pembantu jualan sebuah premis menjual pakaian dalam wanita, sesuatu yang lebih pelik berlaku apabila dia mendapati seorang pelanggan lelaki masuk ke bilik persalinan bersama pasangannya. Menurut wanita itu, dia tidak mempersoalkan status pasangan terbabit, namun tertanya-tanya mengenai keperluan pelanggan lelaki berada di dalam bilik persalinan untuk tempoh yang lama.Pakaian dalam merupakan perkara yang sensitif untuk wanita. -Gambar hiasan"Aku kerja kedai bra. Aku nak tanya, apa tujuan lelaki masuk fitting room sekali dengan perempuan? Tak kisahlah dah kahwin atau apa, tapi aku nak tahu apa fungsinya?"Bra ialah barang peribadi wanita. Kalau nak cuba, tengok sesuai atau tidak, kemudian beli. Tapi kenapa perlu masuk sekali dalam fitting room dan berada lama di dalam?" luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Muslimah jual bra di TikTok, tak malu tunjuk ukuran di dada sendiri! Wanita minta jaga maruah, bimbang pandangan berahi lelakiARTIKEL BERKAITAN: “Saya bisik… you, nampak bra” - Wanita terkejut terima reaksi kaum sejenis lepas ditegur cara baik pakaian terdedahDia turut mendakwa terdapat pelanggan yang mengambil beberapa helai bra untuk dicuba tetapi akhirnya tidak membeli, malah dilihat keluar dari bilik persalinan sambil ketawa."Keluar je terus senyum-senyum lepas tu masing-masing gelak. Amboi suka ya? Nasib baik tak tinggalkan jejak apa-apa," katanya.Pembantu jualan tersebut berkata pihaknya sentiasa bersedia membantu pelanggan memilih reka bentuk dan saiz yang bersesuaian."Tapi aku tak suka kalau pelanggan lelaki yang masuk kemudian tanya saiz. Dia tengok kita lepas tu tanya kita pakai saiz apa."Dia cakap bini dia saiz macam kita. Tak sesuai la gila," katanya.Pembantu jualan pelik lelaki masuk fitting room bersama isteri.Ada pelanggan lelaki berada lama dalam bilik persalinan.Dia turut tidak selesa ditanya saiz bra yang dipakainya.Katanya, pekerja sedia bantu pilih saiz dan reka bentuk.Netizen turut berdebat mengenai batas dan rasa malu.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang berpendapat golongan lelaki memang tidak layak masuk ke dalam kedai menjual pakaian dalam."Isunya bukan sekadar boleh atau tak boleh. Islam memang mendidik seseorang supaya ada rasa malu, maruah dan batas."Kalau aku masuk kawasan pakaian dalam, automatik suami aku pergi tempat lain. Sebab dia pun ada sifat malu," komen warga maya.