suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala ‘melekat’ dekat stereng kereta! Bapa tergamak hentak anak gadis, baran tak reti ‘reverse parking’

Proses untuk belajar memandu bukanlah satu perkara yang mudah. -Gambar hiasan AI

SEBELUM mendaftar di sekolah memandu, sudah menjadi kebiasaan buat ramai individu untuk mula belajar mengendalikan kenderaan di rumah dengan tunjuk ajar daripada ibu bapa atau ahli keluarga sendiri.

Namun, lain pula nasib seorang gadis yang meraih perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman pahit lagi traumatik apabila dikasari bapanya sendiri ketika sedang belajar memandu.

Dalam hantaran tular itu, dia mendakwa kepalanya dihentak pada stereng kereta kerana gagal untuk memarkir kereta seperti yang diarahkan oleh bapanya.

Participants having their JPJ test at Institut Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd in Taman Sri Muda, Shah Alam. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Ramai anak muda mengambil lesen memandu sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam dewasa. -Gambar hiasan AI

"Tak apalah, saya reda, mungkin saya tak berpeluang rasa kasih saya seorang bapa sepenuhnya. Hanya disebabkan saya tak reti reverse parking, ayah hentak kepala saya dekat stereng.

"Dia baran dengan saya. Padahal saya baru je nak belajar memandu. Saya tak pernah langgar atau calarkan kereta sesiapa pun. Saya tak minta simpati, cuma nak luah rasa sedih.

"Kecewa ada lelaki begini bergelar ayah. Ayah saya baik. Cuma apabila dia baran, dia lupa saya ni anak perempuan yang dia pernah sayang sebelum ni," luahnya.

  • Gadis kongsi pengalaman buruk belajar memandu kereta dengan bapanya.
  • Dia mendakwa dikasari kerana gagal untuk memandu seperti diarahkan.
  • Gadis itu berkata bapanya merupakan lelaki yang panas baran.
  • Ramai netizen beri saranan supaya gadis itu belajar di sekolah memandu.

Dalam hantaran di Threads, gadis itu juga berdoa agar bapanya dapat membuang sikap panas baran dan berubah menjadi insan lebih baik suatu masa nanti.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap pengalaman buruk yang dilalui gadis itu.

Pada masa sama, netizen memberi saranan agar gadis itu mencari orang lain untuk belajar memandu bagi mengelakkan dia terus dikasari bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan kahwin... Isteri suka herdik suami, gagal kawal sikap panas baran

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu hadap isteri bekerjaya panas baran, pantang ditegur ‘bergegar’ rumah... Fasal makan pun boleh gaduh!

"Jangan suruh dia ajar apa-apa lagi dik. Kalau dia nak ajar pun, cakap je tak nak sebab takut kena marah. 

"Pergi je sekolah memandu. Tak perlu belajar dengan ayah. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dik.

"Inilah penderaan yang merosakkan anak. Sikap baran ibu bapa yang suka naik tangan boleh merosakkan kesihatan mental anak.

Artikel Lain