Membeli-belah secara dalam talian (online) menjadi salah satu terapi bagi golongan wanita. -Gambar hiasan AI
NIAT sekadar mahu mendapatkan penjelasan lanjut sebelum membuat pembelian, namun lain pula yang berlaku apabila soalan yang diajukan di ruangan komen siaran langsung disalah erti sebagai perkataan berunsur lucah.Itulah pengalaman dikongsikan wanita yang mendakwa disergah oleh seorang live host ketika mengikuti sesi jualan pakaian dalam secara langsung. Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia sebenarnya hanya mahu mengetahui sama ada bra yang dijual sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti senaman.Menurutnya, dia mengemukakan soalan tersebut kerana berminat untuk membeli produk berkenaan dan mahu mendapatkan penjelasan daripada hos mengenai tahap sokongan bra tersebut."Tadi aku ada masuk dalam live jual bra. Aku komen macam ni... sis kalau buat senaman ringan macam hayun kettlebell, bra masih boleh pegang dada tak?" kongsinya.Ramai yang mencari rezeki dengan berjualan secara dalam talian. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, wanita itu mendakwa soalan berkenaan menyebabkan hos terbabit memberikan teguran dalam nada yang disifatkannya agak keras."Aku seorang je komen masa tu. Tak semena-mena dia cakap dalam nada macam nak marah... tolong ya saya live nak cari rezeki, tolong jangan nak komen lucah-lucah dekat sini," katanya.Terkejut dengan teguran tersebut, wanita itu mengakui niatnya untuk membeli terus terbantut dan kemudian keluar daripada siaran langsung berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rindu nak berniaga di pasar, jual online serba tak kena... TikTok kena sekat, pelanggan pula main-main - “Nak simpan duit sambut baby”ARTIKEL BERKAITAN: Akak jual kek setuju COD, tapi marah-marah sebab tak bayar online... Pelanggan terkedu kena ‘sekolah’, keliru siapa bodoh sebenarnyaWanita itu menjelaskan, dia ingin mengetahui sejauh mana bra berkenaan mampu memberikan sokongan ketika melakukan pergerakan fizikal."Aku tanya perkara tu sebab memang nak tahu pasal bra tu. Aku berminat nak beli, jadi nak tanya untuk host explain item," jelasnya.Bagaimanapun menurutnya, dia mengakui berkemungkinan pemilihan perkataan ketika bertanya menyebabkan berlaku salah faham."Pengajaran untuk aku, jangan shopping pukul 2 pagi, sebab masa tu otak tak boleh nak fikir perkataan sesuai untuk ‘pegang’," selorohnya.Seorang wanita mendakwa ditegur live host ketika bertanya mengenai bra dalam satu sesi jualan.Dia sebenarnya hanya mahu tahu sama ada bra itu sesuai untuk aktiviti senaman.Soalannya disalah anggap sebagai komen berunsur lucah oleh hos berkenaan.Wanita itu mengakui pemilihan perkataan 'pegang' mungkin menyebabkan salah faham.Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk yang memahami tindakan hos kerana mungkin pernah diganggu sebelum ini.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan sebahagian mereka berpendapat soalan berkenaan sememangnya boleh disalah tafsir bergantung pada konteks dan cara ia dibaca.Pada masa sama, ada yang memahami reaksi hos berkenaan dan menganggap kemungkinan dia pernah berdepan pengalaman diganggu ketika menjalankan sesi jualan secara langsung."Agaknya seller tu trauma asyik kena kacau."Perkataan tak tepat tu... mungkin guna grip, hold atau secure," komen netizen.