suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Isteri saya suka estetik” - Wanita lega suami tersangat ‘function’, bijak tepis niat mentua jadi pereka dalaman tak bertauliah!

Pasangan suami isteri terutamanya yang baru berkahwin memerlukan privasi bagi membina kehidupan rumah tangga dengan lebih selesa. -Gambar hiasan AI

TIDAK salah untuk seorang ibu terus mengambil berat dan membantu anak-anak biarpun mereka sudah mendirikan rumah tangga.

Namun dalam masa sama, anak bersama pasangannya juga perlu diberi ruang agar mereka dapat mengemudi rumah tangga mengikut cara dan keselesaan sendiri.

Di Threads, seorang wanita berkongsi dilema yang dihadapinya apabila ibu mentua terlalu ingin membantu menguruskan kediaman mereka, hingga membuatkan dia berasa kurang selesa dan seolah-olah tidak mempunyai privasi.

Ada wanita lebih selesa menguruskan sendiri rumah tangga tanpa gangguan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

"Bayangkanlah masa awal-awal kahwin, mak mentua nak kunci rumah kami. Dia nak tolong hiaskan rumah dan masukkan perabot. Aku faham, anak lelaki kesayangan dia kahwin, mestilah dia nak tolong.

"Tapi aku rimas. Masa rumah lama dulu, terpaksa mengalah ambil je perabot yang mak mentua aku bagi... perabot lama-lama dia yang dia dah tak nak. 

"Carca marba konsep rumah masa tu, perabot warna-warni. Serabut rumah aku. Aku ni ada cita-cita nak estetik... terus tak estetik," tulisnya.

Menurut wanita berkenaan, seperti yang sudah dijangka, situasi sama berulang kembali apabila dia dan suami membuat keputusan berpindah ke rumah baharu ketika dia sedang hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah setuju sebelum kahwin lagi! Wanita buntu ibu mentua masuk campur isu giliran raya... Berkeras anak lelaki balik raya pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita minta ibu, bapa mentua tolong diam! Cucu meragam tak payah sibuk campur tangan tanya itu, ini- "Jangan tambah lagi serabut"

Ibu mentuanya sekali lagi menawarkan diri untuk memberikan perabot terpakai, malah wanita itu mendakwa mentuanya turut meminta salinan kunci rumah berkenaan.

"Ni dia nak offer perabot, terus laki aku cakap... mak tak payah offer perabot-perabot rumah mak tu, isteri saya suka estetik. Mak dia jawab okay. Tapi masih minta kunci rumah kami.

"Ingatkan dah kena sound, dia terasa dan tak nak tolong dah. Aku silap, dia masih nak kunci," ujarnya.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana suaminya bijak mengendalikan situasi dengan memberi penjelasan kepada ibunya.

  • Seorang wanita berkongsi dilema apabila ibu mentuanya terlalu ingin membantu menguruskan rumah mereka.
  • Dia rimas apabila ibu mentua mahu memberikan perabot dan meminta kunci rumah.
  • Menurutnya, dia menghargai niat baik ibu mentua tetapi mahu mempunyai privasi serta cita rasa sendiri.
  • Suaminya cuba membantu dengan menjelaskan kepada ibunya.
  • Warga maya menyarankan wanita itu berbincang secara baik dengan ibu mentuanya bagi mengelakkan salah faham.

"Laki aku cakaplah... tak apa mak, tak ada perabot nak angkat, tak payah kunci, kan? Mak dia senyap.

"Esoknya mak mentua aku telefon, nak ikut pergi Ikea. Mak belikan perabot baharu. Mak nak tolong saja anak mak, kesian menantu mengandung kena kemas rumah.

"Alahai. Aku pula rasa serba salah. Niat dia baik saja sebenarnya, cuma aku nak privasi. Macam mana nak cakap dengan mak mentua begini? Aku malas nak bagi kunci rumah," luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memahami dilema wanita berkenaan yang tersepit antara menghargai niat baik ibu mentua dan pada masa sama mahu menjaga batas privasi dalam rumah tangga.

Mereka menyarankan wanita itu berbincang secara baik dengan ibu mentuanya untuk mengelakkan suasana menjadi lebih keruh.

Artikel Lain