KEADAAN kewangan yang sempit sering kali menguji ketahanan pasangan suami isteri, terutama apabila terpaksa mengharapkan belas kasihan dan bantuan daripada keluarga sendiri.Begitulah nasib malang yang menimpa seorang wanita apabila keluarganya seolah-olah kurang bersimpati dengan kesusahan hidupnya bersama suami yang kini terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Menurut wanita itu, dia memiliki sebuah motosikal tetapi rosak sebelum bapanya mengambil keputusan membaikinya menggunakan duit adiknya.Masalah kewangan boleh menyebabkan setiap individu tertekan. -Gambar hiasan AI"Sebab tak mampu nak bayar balik, aku bagilah adik guna. Tapi tiba-tiba kami diuji pula apabila motosikal suami rosak dan kami langsung tiada duit nak baiki."Jadi kami ambil keputusan untuk 'pinjam' balik motosikal aku yang pernah dibaiki ayah tu untuk kegunaan suami," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sebak dapat jadi tetamu Allah... Teringat ibu mentua hina keluarganya miskin, mustahil mampu jejak kaki ke Tanah SuciARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cari calon isteri suka ‘bare face’, anggap hanya perempuan hodoh perlukan mekap untuk nampak cantikNamun belum sampai sebulan suaminya menggunakan motosikal tersebut, ibunya kerap kali mendesak mereka supaya segera membaiki motosikal suami yang rosak itu."Mereka menekan-nekan. Kami sebenarnya tunggu duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masuk, baru nak baiki. Padahal adik guna motosikal tu pergi surau je dan dia ada basikal."Kami ni hanya ada motosikal tu je. Sedihnya, dah la tengah susah," katanya.Wanita terkilan keluarga kurang memahami kesusahan mereka.Motor suami rosak, terpaksa guna motosikal adik sementara.Pasangan tunggu duit STR untuk baiki motosikal.Wanita akui pendapatan kini tidak menentu.Dulu mampu bantu keluarga, kini hidup serba kekurangan.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu mengakui sedar akan pengorbanan adiknya yang mengeluarkan belanja untuk membaiki motosikal berkenaan, namun jauh di sudut hati dia sangat berharap agar keluarganya dapat mengerti keperitan yang sedang ditanggungnya."Aku faham adik yang keluarkan duit untuk baiki, aku langsung tiada niat nak guna kalau bukan disebabkan motosikal suami rosak. Tolonglah faham keadaan kami juga."Kesian dekat suami aku, dia seorang je nak fikir mana nak cekau duit untuk baiki motosikal dia," katanya.Menambah hiba, wanita itu mendedahkan dia pernah menjadi anak yang berbakti dengan memberi duit bulanan kepada ibu bapa sewaktu masih mempunyai pekerjaan tetap.Namun segalanya berubah selepas dia mengambil keputusan berhenti kerja demi menguruskan anak serta mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dengan pendapatan yang tidak menentu.