suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampai terbit rasa geli... Suami kecewa isteri tak bersungguh kuruskan badan - “Dia diet tipu-tipu depan aku!”

Segelintir lelaki mula berubah sikap apabila isteri mereka tidak menjaga penampilan diri. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN wanita sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan berat badan serta bentuk tubuh ideal semata-mata untuk kelihatan cantik di mata pasangan.

Namun, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa isterinya tidak pernah bersungguh-sungguh untuk menjaga bentuk badan sepanjang enam tahun perkahwinan mereka.

"Sudah banyak kali aku nasihatkan isteri, sejak belum kahwin pun aku dah nasihat suruh dia diet dan kuruskan badan. Aku okey je selagi dia berusaha walaupun perlahan-lahan. 

Suami isteri boleh melakukan aktiviti kecergasan bersama untuk mengeratkan lagi hubungan. -Gambar hiasan AI

"Tapi aku agak kecewa dia ambil mudah permintaan aku. Ada masa lapang, dia tak bersenam dan diet pun. Dia diet tipu-tipu depan aku. Belakang aku, sama je.

"Padahal dia nak peralatan bersenam pun aku belikan. Aku siap offer jaga anak untuk dia bersenam. Dah penat slow talk dengan dia," luahnya.

Menurut lelaki itu lagi, masalah berat badan isterinya turut memberi kesan terhadap keharmonian rumah tangga mereka.

  • Lelaki tular selepas kongsi luahan hati tentang isterinya yang gemuk.
  • Suami sanggup korbankan masa dan tenaga untuk bantu isteri kurus.
  • Namun lelaki itu kecewa isterinya tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.
  • Dia kini hilang nafsu untuk bersama kerana jijik dengan bentuk badan isterinya.

"Sampai masa apabila nak bersama, aku jadi geli dan tidak bernafsu. Aku rasa macam (bersama) orang lain. Jujur aku buntu. Dia isteri dan ibu yang baik.

"Dia jenis tak berkira. Aku juga sedaya upaya cuba untuk reda. Cuma sedih diuji dengan pemikiran macam ni. Tapi salah ke apa yang saya nak dia buat tu?" luah lelaki itu lagi.

Hantaran di Threads itu turut dihujani komen netizen yang berkongsi pandangan, saranan serta jalan penyelesaian bagi membantu pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua - “Saya di Pantai Timur”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menggeletar jumpa video seks isteri, dalam diam sakan layan nafsu dengan rakan sekerja!

"Geli sebab apa? Sebab dia gemuk sangat ke? Kalau sampai tahap macam ni, kau kena terus terang. Apabila pendam, nanti jadi barah. Akhirnya kau sakit hati.

"Kadang bukan dia tak nak kurus. Tapi mungkin ada masalah kesihatan yang membuatkan dia susah nak turun berat badan.

"Apa kata kau belanja isteri buat rawatan kuruskan badan," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain